YESAYA 40:6-7 - Compare All Versions
YESAYA 40:6-7 BM (Alkitab Berita Baik)
Terdengar suara orang berseru, “Isytiharkanlah berita ini!” “Berita apa yang harus kuisytiharkan?” aku bertanya. “Isytiharkanlah bahawa manusia bagaikan rumput; mereka seperti bunga yang tidak tahan lama. Rumput menjadi kering dan bunga pun layu, apabila TUHAN menghembuskan angin yang panas. Manusia juga sama seperti rumput.
Kongsi
YESAYA 40 BMYESAYA 40:6-7 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Ada suara yang berkata, “Berserulah!” Jawab Yesaya, “Apakah yang harus kuserukan?” “Semua manusia umpama rumput dan segala kemuliaannya umpama bunga di padang. Rumput layu dan bunga gugur apabila TUHAN menghembusnya dengan nafas-Nya. Sesungguhnya, bangsa itu seperti rumput.
Kongsi
YESAYA 40 AVB