YESAYA 26:1-6
YESAYA 26:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Masanya akan tiba apabila orang menyanyikan lagu ini di tanah Yehuda: Kota kita kuat! Allah yang membela temboknya! Bukalah pintu-pintu gerbang kota, supaya masuk bangsa-bangsa yang setia, yang rakyatnya melakukan kehendak Allah. Engkau, TUHAN, memberikan kedamaian dan kesejahteraan kepada orang yang teguh hati, kerana mereka percaya kepada-Mu. Percayalah kepada TUHAN selama-lamanya; Dia akan sentiasa melindungi kita. Dia telah merendahkan orang yang sombong; Dia memusnahkan kota kukuh yang didiami mereka, dan meruntuhkan temboknya sehingga rata dengan tanah. Orang yang miskin dan sengsara akan memijak-mijaknya.
YESAYA 26:1-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada waktu itu lantunan pujian ini akan dikumandangkan di Tanah Yehuda: “Kita mempunyai kota yang kuat. Keselamatan didirikan-Nya sebagai tembok dan benteng. Bukalah pintu-pintu gerbang, supaya masuk bangsa yang benar, yang berpegang teguh pada kesetiaan! Engkau akan menjaga orang yang tekadnya teguh dengan damai yang sempurna kerana dia percaya kepada-Mu. Percayalah kepada TUHAN untuk selama-lamanya, kerana TUHAN ALLAH sajalah, batu pejal yang kekal. Dia menundukkan penduduk tempat tinggi, Dia merendahkan kota yang menjulang. Direndahkan-Nya kota itu sampai ke tanah, dan diratakan-Nya dengan debu. Kaki orang menginjak-injaknya — kaki orang yang tertindas, telapak kaki orang miskin.”