HOSEA 14:1-9
HOSEA 14:1-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Samaria harus dihukum kerana memberontak terhadap Aku. Rakyatnya akan mati dalam peperangan. Bayi akan dihempaskan sehingga hancur, dan perut wanita hamil dibelah.” Kembalilah kepada TUHAN, Allah kamu, hai orang Israel. Dosa kamu telah menyebabkan kamu tergelincir dan jatuh. Kembalilah kepada TUHAN, dan biarlah doa ini menjadi persembahan kamu kepada-Nya: “Ampunkanlah segala dosa kami, ya TUHAN, dan terimalah doa kami. Lalu kami akan memuji Engkau sebagaimana yang telah kami janjikan. Negeri Asyur tidak akan dapat menyelamatkan kami. Kereta kuda pun tidak dapat melindungi kami. Kami tidak akan berkata lagi kepada berhala bahawa berhala-berhala itu Allah kami. Ya TUHAN, Engkau mengasihani orang yang tidak mempunyai sesiapa pun yang dapat diharapkan.” TUHAN berfirman, “Umat-Ku yang menyeleweng akan Kubawa kembali. Mereka akan Kukasihi dengan segenap hati, sebab mereka tidak Kumurkai lagi. Bagi orang Israel, Aku seperti hujan yang membasahi tanah yang gersang. Mereka akan berkembang seperti bunga, dan seperti pokok di Lebanon yang dalam akarnya. Mereka akan hidup dan bertambah banyak seperti tanaman yang banyak tunasnya, dan mereka menjadi indah seperti pokok zaitun. Mereka akan menjadi harum seperti pokok sedar di Lebanon. Mereka akan kembali kepada-Ku dan hidup dalam perlindungan-Ku. Dengan pesat mereka akan bertambah makmur seperti gandum bertumbuh di ladang yang subur, dan seperti ladang anggur yang banyak hasilnya. Mereka akan terkenal seperti wain dari Lebanon. Orang Israel akan membuang berhala-berhala; Aku akan mengabulkan doa mereka dan memelihara mereka. Seperti pokok malar hijau Aku akan melindungi mereka; Akulah sumber segala berkat mereka.”

HOSEA 14:1-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kembalilah, wahai Israel, kepada TUHAN, Allahmu, kerana engkau telah tersandung akibat kesalahanmu. Bawalah kata-kata penyesalan berserta kamu dan kembalilah kepada TUHAN. Katakanlah kepada-Nya, “Ampunkanlah segala kesalahan kami dan terimalah apa yang baik, maka kami akan mempersembahkan pujian seperti korban lembu jantan. Asyur tidak dapat menyelamatkan kami. Kami tidak mahu menunggang kuda, dan tidak akan lagi berkata, ‘Ya Allah kami,’ kepada hasil buatan tangan kami, kerana dalam Engkaulah anak yatim mendapat rahmat.” “Aku akan menyembuhkan mereka daripada kemurtadan mereka, Aku akan mencintai mereka dengan sukarela, kerana murka-Ku telah surut daripada mereka. Aku akan menjadi seperti embun bagi Israel. Dia akan berbunga seperti bunga bakung dan menjulurkan akar-akarnya seperti pokok araz Lebanon. Cabang-cabangnya akan menyebar. Keelokannya akan seperti pokok zaitun dan keharumannya seperti Lebanon. Mereka yang duduk di bawah naungannya akan tumbuh kembali seperti gandum. Mereka akan berbunga seperti pokok anggur, kemasyhurannya seperti air anggur Lebanon. Efraim, apakah lagi urusan-Ku dengan berhala-berhala? Akulah yang menjawab dan memperhatikan engkau. Aku seperti pokok sanubar yang hijau, daripada-Ku kaudapatkan buahmu.” Siapakah yang bijak? Dia akan mengerti hal-hal ini. Siapakah yang berpengertian? Dia akan mengetahuinya. Jalan TUHAN itu lurus dan orang benar akan menempuhnya, tetapi orang derhaka akan jatuh di situ.