Langkau ke kandungan

HOSEA 13:2 - Bandingkan Semua Versi

HOSEA 13:2 BM (Alkitab Berita Baik)

Mereka terus-menerus berdosa dengan membuat patung-patung logam untuk disembah - patung daripada perak, yang dirancang oleh akal manusia dan dibentuk oleh tangan manusia. Lalu mereka berkata, “Persembahkanlah korban kepada berhala-berhala ini!” Aneh, manusia mencium patung anak lembu!

HOSEA 13:2 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Mereka kini lebih banyak lagi berbuat dosa. Mereka membuat patung tuangan daripada perak, iaitu berhala-berhala menurut pemahaman mereka sendiri, semuanya semata-mata hasil buatan tukang. Tentang semua itu mereka berkata, “Orang yang mempersembahkan korban harus mencium patung anak lembu ini.”