IBRANI 4:1-3
IBRANI 4:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi sekarang Allah memberikan janji itu kepada kita bahawa kita boleh mendapat rehat yang difirmankan-Nya. Oleh itu biarlah kita berwaspada supaya tidak seorang pun di kalangan kamu gagal mendapat rehat itu. Hal itu demikian, kerana seperti mereka, kita sudah mendengar Berita Baik itu. Mereka mendengar perkhabaran itu, tetapi berita itu tidak berguna bagi mereka, kerana ketika mereka mendengarnya, mereka tidak percaya kepada janji Allah itu. Tetapi kita yang percaya kepada Allah, menerima rehat yang dijanjikan oleh Allah. Hal itu sesuai dengan yang difirmankan-Nya, “Aku murka dan bersumpah, ‘Mereka tidak akan masuk ke negeri itu untuk mendapat rehat bersama-sama Aku!’ ” Allah berfirman demikian meskipun kerja-Nya telah selesai sejak Dia menciptakan dunia ini.
IBRANI 4:1-3 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA sŭbab itu handaklah kiranya kami takot, asal pŭrjanjian yang ditarohkan bagie kami akan masok kadalam pŭrhŭntian itu, jangan barang sa’orang deripada kamu tŭrbantut. Kŭrna khabar yang baik itu tŭlah diajarkan kapada kami ini sama spŭrti kapada orang orang itu, tŭtapi pŭrkataan yang diajarkan itu tiada mŭmbri fiedah kapada marika itu, sŭbab iya tiada bŭrpaut dŭngan iman dalam hati orang orang yang mŭnŭngar itu. Kŭrna kami ini yang tŭlah pŭrchaya, masoklah kadalam pŭrhŭntian itu, spŭrti fŭrman Tuhan, Adapun spŭrti aku tŭlah bŭrsumpah dŭngan morkaku, bahwa tiadalah bulih marika itu masok kadalam pŭrhŭntianku; maka sungguh pun pŭkŭrjaan itu sudah sŭlŭsie deripada kajadian alas dunia ini.
IBRANI 4:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengan demikian, oleh sebab janji untuk masuk ke dalam peristirahatan-Nya tetap wujud, kita haruslah bimbang kalau-kalau ada di antaramu yang dikira tidak layak. Injil telah disampaikan kepada kita dan kepada mereka; tetapi firman yang didengar mereka tidak menguntungkan mereka kerana tidak berpadu dengan iman. Kita yang telah beriman memang masuk ke dalam peristirahatan itu, sebagaimana firman-Nya: “Maka Aku bersumpah dalam kemurkaan-Ku, ‘mereka tidak akan masuk ke dalam peristirahatan-Ku,’ ” walaupun pekerjaan-Nya telah selesai sejak dunia diasaskan.