IBRANI 12:2 - Compare All Versions

IBRANI 12:2 BM (Alkitab Berita Baik)

Hendaklah pandangan kita tertumpu kepada Yesus, kerana iman kita bergantung kepada-Nya dari permulaan sehingga akhir. Yesus tidak putus asa, walaupun Dia harus mati pada kayu salib. Sebaliknya, kerana kegembiraan yang menantikan-Nya, Yesus tidak peduli bahawa mati pada kayu salib adalah suatu hal yang memalukan. Sekarang Dia duduk di sebelah kanan takhta Allah.

IBRANI 12:2 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Sŭrta mŭmandanglah kakapada Isa yang pŭrmulaan dan kasudahan iman itu; dan ulih sŭbab kasukaan yang ditarohkan dihadapannya iya tŭlah mŭnanggong salib, dan tiada mŭngindahkan malu, maka iyalah juga yang dudok disŭblah kanan arash Allah.

IBRANI 12:2 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Marilah kita mengarahkan mata kita kepada Yesus, Pelopor dan Penyempurna iman kita. Untuk kebahagiaan yang ditentukan bagi-Nya, Dia telah menanggung seksa salib, tanpa menghiraukan pengaiban itu, dan sekarang Dia duduk di sebelah kanan takhta Allah.