IBRANI 11:32,35-40
IBRANI 11:32 Alkitab Berita Baik (BM)
Perlukah aku meneruskannya? Masa tidak cukup bagiku untuk bertutur tentang Gideon, Barak, Simson, Yefta, Daud, Samuel, dan nabi-nabi.
IBRANI 11:35-40 Alkitab Berita Baik (BM)
Kerana beriman, kaum wanita mendapat kembali sanak keluarga yang sudah dibangkitkan daripada kematian. Ada pula yang rela diseksa sampai mati, dan menolak untuk dibebaskan, kerana ingin dihidupkan kembali bagi kehidupan yang lebih baik. Ada yang diolok-olok dan dicambuk. Ada juga yang dirantai dan dipenjarakan. Ada yang direjam sehingga mati, ada yang dipotong menjadi dua dengan gergaji, dan ada pula yang dibunuh dengan pedang. Mereka mengembara dengan berpakaian kulit domba atau kambing. Mereka miskin, dianiaya, dan diseksa. Dunia ini bukan tempat yang layak bagi mereka. Mereka mengembara seperti pelarian di padang gurun dan di bukit-bukit. Mereka tinggal di dalam gua dan lubang-lubang di tanah. Alangkah besarnya kejayaan yang dicapai oleh semua orang itu kerana iman mereka! Namun mereka tidak menerima apa yang dijanjikan oleh Allah, kerana Allah mempunyai rancangan yang lebih baik bagi kita. Dia merancang bahawa hanya bersama-sama kita, mereka akan menjadi sempurna.
IBRANI 11:32 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Dan apakah juga lagi yang patut kukatakan? kŭrna waktu suntok padaku akan mŭnchŭrtrakan derihal Gedion, dan Barak, dan Samson, dan Jeftha, dan Daud; danlagi pula Samuel, dan sagala nabi nabi.
Ibrani 11:35-40 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Shahadan pŭrampuan pŭrampuan pun tŭlah mŭndapati orang orangnya yang tŭlah mati itu hidop pula, dan yang lain lain pula diseksainya, tiada mahu mŭnŭrima kalŭpasannya, supaya iya kŭlak mŭndapati kŭbangkitan yang tŭrlebih baik. Dan ada pula yang lain yang tŭlah kŭna pŭrchobaan dŭngan maki dan sŭsah, bahkan, tambahan pula blunggu dan pŭnjara pun. Maka marika itu tŭlah dirŭjamkan, dan ada yang dibŭlah dua dŭngan gŭrgaji, dan kŭna pŭrchobaan, dan dibunoh dŭngan pŭdang, dan bŭranyutlah dŭngan mŭmakie kulit domba dan kulit kambing; maka sŭbab kŭpapaannya, sŭbab kasusahannya, dan sŭbab sŭngsaranya, Tiadalah layak dunia ini mŭndapati marika itu, maka sŭsat baratlah marika itu dipadang bŭlantara, dan gunong gunong, dan gua gua, dan lobang lobang tanah. Adapun sagala marika itulah yang tŭlah mŭndapat sŭbutan yang baik sŭbab imannya, tŭtapi tiadalah marika itu juga mŭndapat akan pŭrjanjian itu; Kŭrna Allah tŭlah mŭnyŭdiakan barang yang tŭrlebih baik bagie kami, supaya marika itu kŭlak dŭngan tiada kita, tiadalah bulih dijadikan samporna.
IBRANI 11:32 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Apa lagi yang harus kukatakan? Aku kesuntukan waktu untuk bercerita tentang Gideon, Barak, Simson, Yefta, Daud, Samuel dan nabi-nabi
Ibrani 11:35-40 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ada wanita yang mendapat kembali ahli keluarganya yang telah mati dan dihidupkan semula. Ada orang yang diseksa tetapi tidak mahu diselamatkan kerana mereka ingin mendapat kebangkitan yang lebih baik. Setengah-setengahnya pula menghadapi dugaan dengan diejek, dipukul, dirantai dan dipenjarakan. Mereka direjam dengan batu, digergaji putus dua dan dibunuh dengan pedang. Mereka merayau-rayau berpakaian kulit kambing dalam keadaan papa, menderita, terseksa — dunia tidak layak menampung mereka. Mereka merayau-rayau di gurun dan gunung-ganang, di gua-gua serta lubang-lubang di tanah. Semua mereka ini, sungguhpun mendapat kesaksian yang baik melalui iman, tidak menerima janji itu. Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita, supaya mereka tidak disempurnakan tanpa kita.