KEJADIAN 39:19-23
KEJADIAN 39:19-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Potifar sangat marah. Dia memerintahkan supaya Yusuf segera ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara, tempat orang tahanan raja dikurung, maka di situlah Yusuf tinggal. Tetapi TUHAN menolong Yusuf dan tetap mengasihinya, sehingga ketua penjara suka kepadanya. Dia mempercayakan orang tahanan yang lain kepada Yusuf. Dia juga memberikan tanggungjawab kepada Yusuf atas segala pekerjaan yang dilakukan di dalam penjara. Ketua penjara itu tidak lagi mengawasi segala yang dipercayakannya kepada Yusuf, kerana TUHAN menyertai Yusuf sehingga dia berjaya dalam semua pekerjaannya.
KEJADIAN 39:19-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah Potifar mendengar kata-kata yang disampaikan isterinya kepadanya, “Begitulah hambamu memperlakukan aku,” dia menjadi amat marah sekali. Lalu dia membawa Yusuf lalu dimasukkannya ke dalam penjara, tempat para tahanan raja ditahan. Maka terpenjaralah Yusuf di situ. Akan tetapi, TUHAN menyertai Yusuf dan menunjukkan kasih-Nya kepadanya lalu Dia membuat kepala penjara itu berkenan kepada Yusuf. Lalu ketua penjara itu menyerahkan semua tahanan di dalam penjara itu kepada pengawasan Yusuf. Segala sesuatu yang harus dikerjakan di situ, Yusuflah yang mengerjakannya. Ketua penjara itu tidak perlu lagi untuk mengurus segala sesuatu yang sudah dijalankan oleh Yusuf, kerana TUHAN menyertainya dan TUHAN membuat apa yang dikerjakannya berhasil.