GALATIA 6:8-9
GALATIA 6:8-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Jika seorang menanam menurut tabiat manusianya, dia akan menuai kematian. Tetapi jika dia menanam menurut pimpinan Roh Allah, dia akan menuai hidup sejati dan kekal daripada Roh Allah. Oleh itu, janganlah kita jemu melakukan perkara-perkara baik. Jika kita tidak berhenti-henti berbuat demikian, kelak kita akan menuai hasilnya.
GALATIA 6:8-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna barang siapa yang tŭlah mŭnanam bagie hawa nafsunya, maka deripada hawa nafsu juga iya akan mŭnuwie kabinasaan; akan tŭtapi barang siapa yang mŭnanam bagie Roh Allah, maka deripada Roh itu juga iya akan mŭnuwie slamat yang kŭkal. Maka jaganlah kita mŭnjadi pŭnat dalam pŭkŭrjaan yang baik: kŭrna pada masa yang patut kamu akan mŭnuwie, jikalau kamu tiada lŭlah.
GALATIA 6:8-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Orang yang menyemai bagi hawa nafsu manusia akan menuai kebinasaan daripadanya; manakala orang yang menyemai bagi Roh akan menuai hidup yang kekal. Janganlah kita jemu berbuat baik, kerana pada musimnya nanti kita akan menuai jika kita tidak berputus asa.