GALATIA 6:7-10
GALATIA 6:7-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Janganlah tipu diri sendiri. Tidak seorang pun dapat memperbodohkan Allah. Seseorang akan menuai apa yang ditanamnya. Jika seorang menanam menurut tabiat manusianya, dia akan menuai kematian. Tetapi jika dia menanam menurut pimpinan Roh Allah, dia akan menuai hidup sejati dan kekal daripada Roh Allah. Oleh itu, janganlah kita jemu melakukan perkara-perkara baik. Jika kita tidak berhenti-henti berbuat demikian, kelak kita akan menuai hasilnya. Oleh itu, selama kita berpeluang, kita patut berbuat baik kepada semua orang, terutama sekali kepada saudara-saudara kita yang seiman.
GALATIA 6:7-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Janganlah kamu tŭrtipu, bahwa Allah tiada bulih dipŭrdayakan; kŭrna barang apa yang ditanami ulih sa’orang, maka itu juga akan dituwienya. Kŭrna barang siapa yang tŭlah mŭnanam bagie hawa nafsunya, maka deripada hawa nafsu juga iya akan mŭnuwie kabinasaan; akan tŭtapi barang siapa yang mŭnanam bagie Roh Allah, maka deripada Roh itu juga iya akan mŭnuwie slamat yang kŭkal. Maka jaganlah kita mŭnjadi pŭnat dalam pŭkŭrjaan yang baik: kŭrna pada masa yang patut kamu akan mŭnuwie, jikalau kamu tiada lŭlah. Sŭbab itu apabila kami mŭndapat kutika yang baik biarlah kami bŭrbuat baik kapada sagala manusia, tŭrutamalah kapada orang yang deripada isi rumah iman.
GALATIA 6:7-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Janganlah tertipu: Allah tidak dapat dipermainkan, kerana apa yang disemai oleh seseorang, itulah yang akan dituainya. Orang yang menyemai bagi hawa nafsu manusia akan menuai kebinasaan daripadanya; manakala orang yang menyemai bagi Roh akan menuai hidup yang kekal. Janganlah kita jemu berbuat baik, kerana pada musimnya nanti kita akan menuai jika kita tidak berputus asa. Oleh itu, apabila ada peluang, kita haruslah berbuat baik kepada semua orang, lebih-lebih lagi saudara-saudara kita yang seiman.