GALATIA 5:2-4
GALATIA 5:2-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Dengarlah! Aku, Paulus, berkata kepada kamu: Jika kamu membenarkan orang menyunat kamu, hal ini bererti bahawa apa yang dilakukan oleh Kristus untuk kamu tidak bermakna apa-apa. Sekali lagi aku memberikan peringatan kepada orang yang membiarkan dirinya disunat, bahawa dia wajib mentaati segenap Taurat itu! Jika kamu berusaha untuk berbaik semula dengan Allah melalui ketaatan kepada Taurat, kamu telah memutuskan hubungan dengan Kristus. Dengan demikian kamu hidup di luar naungan rahmat Allah.
GALATIA 5:2-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bahwa sŭsungguhnya aku Paulus bŭrkata pada kamu, maka jikalau kiranya kamu bŭrsunat, maka Almasih itu kŭlak tiadalah mŭnjadi guna pada kamu. Kŭrna bŭrsaksilah pula lagi aku kapada barang siapa yang bŭrsunat, maka iya itulah sa’orang bŭrhutang akan bŭrbuat sagala pŭrkara hukum tauret. Maka Almasih itu kŭlak mŭnjadi satu pun tiadalah guna pada kamu, barang siapa deripada kamu yang tŭlah dibŭnarkan ulih tauret; maka kamu tŭlah gugorlah deripada anugrah.
GALATIA 5:2-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengarlah kata-kataku! Aku, Paulus, bersaksi kepadamu bahawa jika kamu bersunat kelak, tiada berfaedahlah Kristus kepadamu. Dan aku bersaksi lagi kepada setiap orang yang bersunat, bahawa dia berhutang dan mesti mengerjakan seluruh hukum Taurat. Kamu yang berusaha untuk diperbenar melalui hukum Taurat telah terpisah daripada Kristus. Kamu telah terkeluar daripada kasih kurnia Allah.