GALATIA 5:14-15,22-26
GALATIA 5:14-15 Alkitab Berita Baik (BM)
kerana segenap Taurat tersimpul dalam satu perintah ini: “Kasihilah sesamamu manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.” Tetapi jika kamu berlaku seperti binatang, saling mencedera dan menyakiti, berwaspadalah. Jika tidak, kamu akan membinasakan satu sama lain.
GALATIA 5:22-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Sebaliknya, inilah hasilnya jika orang dipimpin oleh Roh Allah: Mereka saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia, rendah hati, dan dapat mengawal diri. Tidak ada hukum yang melarang perkara-perkara seperti itu. Demikianlah, orang yang menjadi milik Kristus Yesus sudah mematikan tabiat manusia dengan segala nafsu dan keinginannya. Roh Allah telah memberikan hidup baru kepada kita; oleh itu Dia juga harus menguasai hidup kita. Kita tidak boleh menjadi sombong atau saling menyakiti hati, ataupun iri hati terhadap satu sama lain.
GALATIA 5:14-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna sagala hukum tauret itu, tŭlah tŭrhimpon dalam sa’patah kata juga, iya itu dŭmkian ini; Handaklah angkau mŭngasihi samamu manusia itu spŭrti dirimu sŭndiri. Tŭtapi jikalau kamu mŭngigit, atau mŭmakan sa’orang akan sa’orang, maka ingatlah kamu supaya jangan kŭlak kamu hangus kaduanya.
Galatia 5:22-26 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi buah buahan Roh itu, iya itu kasih, dan kasukaan, dan pŭrdamiean, dan panjang hati, dan lŭmah lŭmbut, dan kabajikan, dan sŭtia, Dan karŭndahan hati, dan mŭnahan nafsu; bahwa tiadalah hukum yang mŭlawan akan pŭrkara yang dŭmkian. Tŭtapi sagala orang yang milik Almasih itu tŭlah mŭnsalibkan hawa nafsunya itu, sŭrta dŭngan chita chita dan kainginannya pun. Maka jikalau kiranya kami hidop ulih Roh, maka biarlah kiranya kami mŭnurot jalan Roh. Maka janganlah kami ini mŭnghandaki hormat yang sia sia, mŭnyakitkan hati sa’orang akan sa’orang, dan bŭrdŭngki sa’orang akan sa’orang.
GALATIA 5:14-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kerana seluruh hukum Taurat terlaksana dalam satu ayat: “Kasihilah sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri.” Tetapi jika kamu gigit-menggigit dan makan-memakan sesama sendiri, berhati-hatilah, jangan sampai kamu saling membinasakan.
Galatia 5:22-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sebaliknya, buah Roh ialah kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, lemah lembut dan penguasaan diri. Tiada hukum yang menentang segala ini. Mereka yang menjadi milik Kristus Yesus telah menyalib tabii manusia berserta hawa nafsu dan keinginannya. Jika kita hidup dalam Roh, marilah kita berbuat segalanya dalam Roh juga. Janganlah kita menjadi bongkak, saling menyakitkan hati, dan berdengki-dengkian sama sendiri.