Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

GALATIA 4:6-8

GALATIA 4:6-8 Alkitab Berita Baik (BM)

Kerana kamu anak-anak Allah, Allah menyuruh Roh Anak-Nya masuk ke dalam hati kita. Roh itulah yang menyebabkan kita berseru, “Bapa, ya Bapaku.” Dengan demikian kamu bukan lagi abdi, tetapi anak. Kerana kamu anak-Nya, Allah akan mengurniai kamu segala yang telah disediakan untuk anak-anak-Nya. Dahulu kamu tidak mengenal Allah. Oleh itu kamu menjadi abdi kuasa-kuasa yang kamu anggap sebagai tuhan, tetapi sebenarnya sama sekali bukan Tuhan.

Kongsi
Baca GALATIA 4

GALATIA 4:6-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Adapun ulih sŭbab kamu anak anak adanya, maka Allah tŭlah mŭnyurohkan Roh Anaknya laki laki itu masok kadalam hati kamu yang bŭrsru, Abba, Ayah. Maka sŭbab itulah kamu bukannya lagi sa’orang hamba, mŭlainkan sa’orang anak, dan jikalau sa’orang anak, maka bahwasanya sa’orang warithlah bagie Allah dŭngan bŭrkat Almasih. Akan tŭtapi tŭtkala bŭlom kamu mŭngŭnal Allah, kamu tŭlah dipŭrhambakan kapada yang bukannya mŭmpunyai tabiat Allah.

Kongsi
Baca GALATIA 4

GALATIA 4:6-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Dan kerana kamu anak-anak-Nya, Allah telah menghantar Roh Anak-Nya ke dalam hatimu, Roh yang berseru, “Abba, Bapa.” Dengan demikian kamu bukan lagi hamba tetapi anak; dan sebagai anak, Allah telah menjadikan kamu waris-Nya. Dulu, ketika kamu belum mengenal Allah, kamu telah memperhambakan diri kepada tuhan-tuhan yang sebenarnya bukan tuhan.

Kongsi
Baca GALATIA 4
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video