GALATIA 4:1-7
GALATIA 4:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi perlu aku lanjutkan: Selama seorang ahli waris masih kanak-kanak, dia tidak berbeza dengan seorang abdi, meskipun sebenarnya anak itu memiliki segala-galanya. Semasa ahli waris itu masih di bawah umur, beberapa orang wali akan menjaga dia dan mewakili dia dalam segala urusannya, sehingga dia mencapai umur yang sudah ditetapkan oleh bapanya. Demikian juga dengan kita: selama kita masih belum dewasa, kita pun diperhamba oleh roh-roh yang menguasai dunia ini. Tetapi pada saat yang tepat, Allah mengutus Anak-Nya sendiri ke dunia. Anak-Nya itu dilahirkan oleh seorang wanita dan hidup di bawah Taurat. Dia diutus untuk membebaskan orang yang hidup di bawah Taurat, supaya kita boleh menjadi anak-anak Allah. Kerana kamu anak-anak Allah, Allah menyuruh Roh Anak-Nya masuk ke dalam hati kita. Roh itulah yang menyebabkan kita berseru, “Bapa, ya Bapaku.” Dengan demikian kamu bukan lagi abdi, tetapi anak. Kerana kamu anak-Nya, Allah akan mengurniai kamu segala yang telah disediakan untuk anak-anak-Nya.
GALATIA 4:1-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SKARANG maka kataku, adapun warith itu slagi iya kanak kanak, maka tiadalah iya bŭrbetha skalipun dŭngan hamba, jikalau iya mŭnjadi tuan atas sagala sŭsuatu skalipun. Mŭlainkan iya itu dibawah prentah guru, dan pŭmrentah, sahingga pada masa yang akan ditŭntukan ulih ayahnya. Maka dŭmkian pula kami inipun tŭtkala lagi kanak kanak, kami adalah pŭrhambaan dibawah alif ba ta dunia. Tŭtapi apabila sampie gŭnap waktunya itu, maka disuroh Allah akan Anaknya itu yang tŭlah jadi deripada sa’orang pŭrampuan, tŭrta’lok dibawah hukum tauret; Supaya ditŭbusnya akan sagala orang yang tŭrta’lok dibawah hukum tauret, supaya kami bŭrulih pangkat anak anak angkat. Adapun ulih sŭbab kamu anak anak adanya, maka Allah tŭlah mŭnyurohkan Roh Anaknya laki laki itu masok kadalam hati kamu yang bŭrsru, Abba, Ayah. Maka sŭbab itulah kamu bukannya lagi sa’orang hamba, mŭlainkan sa’orang anak, dan jikalau sa’orang anak, maka bahwasanya sa’orang warithlah bagie Allah dŭngan bŭrkat Almasih.
GALATIA 4:1-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sekarang aku berkata bahawa waris, selagi dia masih kanak-kanak, tidak berbeza daripada hamba, walaupun dia tuan kepada segala miliknya. Dia di bawah kawalan para penjaga dan pengurus sehingga masa yang ditetapkan oleh bapanya. Demikianlah kita, ketika masih kanak-kanak, diperhamba menurut ajaran asas dunia. Tetapi apabila sampai waktunya, Allah telah menghantar Anak-Nya, yang dilahirkan melalui seorang perempuan, di bawah hukum Taurat, untuk menebus mereka yang di bawah hukum itu, supaya kita mendapat hak sepenuh sebagai anak. Dan kerana kamu anak-anak-Nya, Allah telah menghantar Roh Anak-Nya ke dalam hatimu, Roh yang berseru, “Abba, Bapa.” Dengan demikian kamu bukan lagi hamba tetapi anak; dan sebagai anak, Allah telah menjadikan kamu waris-Nya.