GALATIA 3:19-25
GALATIA 3:19-25 Alkitab Berita Baik (BM)
Jika demikian, apakah tujuan Taurat? Taurat diberikan untuk menunjukkan pelanggaran manusia. Taurat itu terus berlaku sehingga kedatangan seorang keturunan Abraham, yang disebut dalam janji Allah kepada Abraham. Taurat disampaikan oleh malaikat-malaikat dengan perantaraan seorang manusia. Seorang perantara diperlukan apabila ada dua pihak. Tetapi Allah tidak memerlukan perantara, kerana Dia sendiri bertindak. Adakah hal ini bererti bahawa Taurat berlawanan dengan janji-janji Allah? Tentu tidak! Jika manusia sudah menerima hukum agama yang dapat memberikan hidup, maka manusia dapat berbaik semula dengan Allah, melalui ketaatan kepada hukum agama itu. Tetapi di dalam Alkitab tertulis bahawa semua umat manusia dikuasai oleh dosa. Oleh itu pemberian yang dijanjikan berdasarkan kepercayaan kepada Yesus Kristus, diberikan kepada mereka yang percaya. Sebelum adanya kepercayaan kepada Kristus, Taurat menawan kita seperti orang tawanan, sehingga iman itu dinyatakan. Dengan demikian Taurat itu menjadi seperti pengawas kita sehingga Kristus datang untuk memungkinkan kita berbaik semula dengan Allah, kerana kita percaya kepada Kristus. Sekarang, kerana sudah tiba masanya manusia dapat percaya kepada Kristus, Taurat tidak perlu mengawasi kita.
GALATIA 3:19-25 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kalau bŭgitu, apatah gunanya tauret itu? Adapun iya itu ditambahi ulih sŭbab kŭsalahan, sahingga datang bŭnih itu, maka kapadanyalah pŭrjanjian itu tŭlah dikurniakan; maka iya itu tŭlah ditŭntukan ulih mŭliekat mŭliekat dŭngan tangan sa’orang pŭngantara. Adapun pŭngantara itu bukannya iya pada sŭblah sa’orang sahja, tŭtapi Allah itu asa juga adanya. Kalau bŭgitu, adakah hukum tauret itu mŭlawan pŭrjanjian Allah itu? Dijahukan Allah: kŭrna jikalau kiranya tauret yang tŭlah dikurniakan itu mŭndatangkan slamat, sŭsungguhnyalah kabŭnaran itu patut jadi deripada tauretlah. Tŭtapi kitab Allah itu tŭlah mŭnŭntukan sagala manusia dalam dosa, supaya pŭrjanjian itu ulih sŭbab bŭrimankan Isa Almasih itu dapat dikurniakan kapada sagala orang yang bŭriman. Tŭtapi sŭbŭlom datang iman itu, maka kami skalian tŭlah dibawah hukum tauret tŭrkurong kapada iman yang akan patut dinyatakan kŭlak. Maka sŭbab itulah tauret itu mŭnjadi guru yang mŭmbawa kapada Almasih, supaya kami ini dibŭnarkan ulih iman. Tŭtapi sŭtlah sudah datang iman itu, maka kami ini tiada dibawah prentah guru lagi.
GALATIA 3:19-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kalau begitu, apakah tujuan hukum Taurat? Hukum itu ditambahkan kerana pelanggaran manusia. Hukum itu berterusan sehingga datangnya Benih yang dijanjikan itu, dan hukum itu diberikan melalui malaikat oleh seorang pengantara. Pengantara tidaklah menjadi pengantara bagi satu pihak sahaja; tetapi Allah itu esa. Jadi, adakah hukum Taurat itu berselisih dengan janji-janji Allah? Tidak sekali-kali! Kerana kalaulah ada hukum yang dapat memberikan kehidupan, tentulah perbenaran didapati melalui hukum itu. Namun demikian, Kitab Suci telah menentukan bahawa semuanya terbelenggu oleh dosa, supaya apa yang dijanjikan melalui iman dalam Yesus Kristus dapat diberikan kepada mereka yang percaya. Sebelum datangnya iman, kita dikawal oleh hukum Taurat, dikurung sementara menantikan iman yang akan dinyatakan kelak. Oleh itu, hukum Taurat ialah guru kita, yang membawa kita kepada Kristus untuk diperbenar oleh iman. Tetapi selepas datangnya iman, kita tidak lagi di bawah pengawasan hukum Taurat.