GALATIA 2:9-10
GALATIA 2:9-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Yakobus, Petrus, dan Yohanes, yang nampaknya menjadi pemimpin Kristian, mengaku bahawa Allah telah memberi aku tugas yang khas itu. Oleh itu mereka berjabat tangan dengan Barnabas dan aku sebagai tanda bahawa kami ini rakan sekerja. Lalu mereka dan kami bersetuju bahawa Barnabas dan aku akan bekerja di kalangan orang bukan Yahudi, sedangkan mereka di kalangan orang Yahudi. Hanya satu permintaan mereka iaitu supaya kami sentiasa memperhatikan orang miskin di kalangan mereka. Perkara itu memang ingin aku lakukan.
GALATIA 2:9-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka apabila Yakob, dan Kephas, dan Yahya, yang tampak spŭrti sukong sukong, tŭlah mŭndapat kanyataan anugrah itu, yang tŭlah dikurniakan pada aku, maka marika itu mŭnjabatkan aku dan Bernabas dŭngan tangan kanan pŭrsukutuan, supaya kami pŭrgi mŭngajar akan orang orang sŭsat, dan marika itu pun pŭrgi mŭngajar orang orang yang bŭrsunat. Mŭlainkan dipintanya supaya kami ingat akan orang orang miskin; maka dŭmkianlah juga niatku handak bŭrbuat.
GALATIA 2:9-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dan apabila Yakobus, Petrus dan Yohanes, yang dipandang sebagai tiang asas yang kukuh, menyedari kasih kurnia yang telah diberikan kepadaku, mereka berjabat tangan denganku dan Barnabas sebagai tanda persahabatan, supaya kami pergi kepada bangsa asing manakala mereka pergi kepada orang yang bersunat. Mereka hanya meminta agar kami ingat akan orang miskin, sesuatu yang sememangnya hendak kulakukan.