EZRA 8:22-23 - Compare All Versions
EZRA 8:22-23 BM (Alkitab Berita Baik)
Saya segan meminta pasukan berkuda daripada raja untuk mengawal kami daripada serangan musuh dalam perjalanan. Saya berbuat demikian kerana saya memberitahu baginda bahawa Allah kami memberkati setiap orang yang berharap kepada-Nya, tetapi Dia murka dan menghukum sesiapa sahaja yang tidak setia kepada-Nya. Demikianlah kami berpuasa dan berdoa agar Allah melindungi kami, dan Dia pun mengabulkan doa kami.
EZRA 8:22-23 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Sebabnya aku malu meminta daripada raja agar kami dibantu pasukan askar dan orang berkuda untuk menghadapi musuh di jalan, kerana kami telah berkata kepada raja, “Tangan Allah kami penuh kemurahan bagi semua orang yang mencari hadirat-Nya, tetapi kuasa-Nya dan kemurkaan-Nya menimpa semua orang yang meninggalkan-Nya.” Jadi, kami berpuasa dan memohon seperti itu kepada Allah kami, dan Dia mengabulkan permohonan kami.