YEHEZKIEL 18:20 - Compare All Versions

YEHEZKIEL 18:20 BM (Alkitab Berita Baik)

Orang yang berdosa akan mati. Seorang anak tidak usah menanggung akibat daripada dosa bapanya. Demikian juga seorang bapa tidak usah menanggung akibat daripada dosa anaknya. Seorang yang baik akan menerima ganjaran kerana kebaikannya, dan seorang yang jahat akan menanggung akibat daripada kejahatannya.

YEHEZKIEL 18:20 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Jiwa yang berdosa itulah yang harus mati. Anak tidak akan menanggung kesalahan ayah, dan si ayah tidak akan menanggung kesalahan si anak. Perbenaran orang benar tetap pada diri sendiri, dan kefasiqan orang fasiq tetap pada diri sendiri.