YEHEZKIEL 17:22-23
YEHEZKIEL 17:22-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Inilah firman TUHAN Raja, “Aku akan memetik pucuk muda dari puncak pokok sedar yang tinggi; Aku akan menanamnya di gunung yang tinggi, gunung yang tertinggi di Israel. Pucuk itu akan bercabang dan berbuah, lalu menjadi pokok sedar yang megah. Berjenis-jenis burung akan bersarang di sana, dan berlindung di bawah teduhnya.
YEHEZKIEL 17:22-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Aku akan mengambil pucuk paling atas daripada pokok araz yang tinggi dan menanamnya. Aku akan memetik pucuk muda daripada pucuk-pucuknya di puncak dan Aku akan menanamnya di atas sebuah gunung yang menjulang tinggi. Di atas gunung Israel yang tinggi Aku akan menanamnya. Dia akan mengeluarkan cabang, menghasilkan buah, dan menjadi pokok araz yang hebat. Semua burung, iaitu segala yang bersayap, akan berdiam di bawahnya. Mereka akan berdiam di naungan carang-carangnya.