KELUARAN 32:7-8
KELUARAN 32:7-8 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN berfirman kepada Musa, “Cepatlah turun kerana umatmu yang engkau pimpin keluar dari Mesir telah berdosa dan menolak Aku. Mereka telah menyimpang daripada perintah-Ku. Mereka telah membuat sebuah patung lembu daripada emas leburan, lalu menyembahnya; mereka juga mempersembahkan korban kepadanya. Mereka berkata bahawa itulah tuhan mereka yang telah memimpin mereka keluar dari Mesir.
KELUARAN 32:7-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Berfirmanlah TUHAN kepada Musa, “Pergilah, turunlah, kerana bangsamu yang kamu pimpin keluar dari Tanah Mesir telah berkelakuan buruk. Sebegitu cepat mereka terpesong daripada jalan yang Kuperintahkan kepada mereka. Mereka membuat sebuah arca anak lembu dan sujud menyembahnya serta mempersembahkan korban kepadanya sambil berkata, ‘Wahai orang Israel, inilah tuhanmu, yang telah memimpin kamu keluar dari Tanah Mesir!’ ”