KELUARAN 14:2-4
KELUARAN 14:2-4 Alkitab Berita Baik (BM)
“Suruhlah orang Israel kembali dan berkhemah di hadapan kota Pi-Hahirot, di antara kota Migdol dan Laut Gelagah, dekat kota Baal-Zefon. Raja Mesir akan menyangka bahawa orang Israel sedang mengembara di negeri ini dan takut melintasi padang gurun. Aku akan menyebabkan raja Mesir berdegil sehingga dia mengejar kamu; kemenangan-Ku atas raja itu akan mendatangkan penghormatan kepada-Ku. Kemudian orang Mesir akan tahu bahawa Akulah TUHAN.” Orang Israel melakukan apa yang diperintahkan kepada mereka.
KELUARAN 14:2-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Suruhlah orang Israel berpatah balik dan berkhemah di hadapan Pi-Hahirot, di antara Migdol dengan laut. Mereka harus berkhemah di tepi laut, di hadapan Baal-Zefon. Firaun akan berkata, ‘Tentu orang Israel sudah tersesat di negeri ini. Gurun mengurung mereka.’ Aku akan mengeraskan hati Firaun sehingga dia mengejar mereka. Kemuliaan-Ku akan dinyatakan melalui Firaun dan seluruh pasukannya, sehingga warga Mesir tahu bahawa Akulah TUHAN.” Maka orang Israel pun melaksanakan hal itu.