KELUARAN 14:13-14 - Compare All Versions
KELUARAN 14:13-14 BM (Alkitab Berita Baik)
Musa menjawab, “Jangan takut! Tabahlah! Perhatikanlah apa yang akan dilakukan oleh TUHAN untuk menyelamatkan kamu pada hari ini; kamu tidak akan melihat semua orang Mesir itu lagi. TUHAN akan berjuang untuk kamu. Kamu tidak perlu berbuat apa-apa.”
Kongsi
KELUARAN 14 BMKELUARAN 14:13-14 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Lalu kata Musa kepada bangsa itu, “Jangan takut. Tetaplah berdiri dan lihatlah penyelamatan daripada TUHAN yang akan diberikan-Nya kepadamu pada hari ini, kerana selepas ini, warga Mesir yang kamu lihat kini tidak akan kamu lihat lagi buat selama-lamanya. TUHAN akan berperang untuk kamu, dan kamu hanya perlu berdiam sahaja.”
Kongsi
KELUARAN 14 AVB