ESTER 9:28 - Bandingkan Semua Versi
ESTER 9:28 BM (Alkitab Berita Baik)
Mereka membuat satu peraturan, bahawa setiap keluarga Yahudi daripada semua generasi yang akan datang, di semua wilayah dan kota, harus ingat untuk merayakan perayaan Purim selama-lamanya.
ESTER 9:28 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Hari-hari itu akan diperingati dan dirayakan oleh setiap keturunan, setiap kaum, setiap wilayah, juga setiap kota. Hari-hari Purim itu tidak akan lenyap daripada kehidupan orang Yahudi dan peringatannya tidak akan luput daripada seluruh keturunan mereka.