Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

ESTER 9:20-22

ESTER 9:20-22 Alkitab Berita Baik (BM)

Selepas itu Mordekhai mencatatkan kejadian itu. Dia mengirim surat kepada semua orang Yahudi, baik yang dekat mahupun yang jauh, di seluruh Kerajaan Persia. Dia menyuruh mereka merayakan hari keempat belas dan hari kelima belas bulan Adar pada tiap-tiap tahun. Hal itu demikian kerana pada hari itulah mereka telah mengalahkan musuh, sehingga kesedihan dan kepedihan mereka berubah menjadi kegembiraan dan kebahagiaan. Oleh itu, mereka harus merayakan hari-hari itu dengan pesta dan jamuan serta saling memberikan makanan, dan memberikan sedekah kepada orang miskin.

Kongsi
Baca ESTER 9

ESTER 9:20-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Mordekhai mencatat segala peristiwa itu dan mengutus surat kepada semua orang Yahudi yang tinggal di seluruh wilayah Raja Ahasyweros, baik yang dekat mahupun yang jauh demi menyuruh mereka untuk merayakan hari keempat belas dan hari kelima belas pada bulan Adar setiap tahun. Pada hari-hari itulah orang Yahudi berasa lega daripada musuh-musuh mereka dan pada bulan itulah dukacita mereka berubah menjadi sukacita, dan hari perkabungan mereka menjadi hari keraian. Mereka hendaklah menjadikan hari-hari itu sebagai hari keraian dan jamuan, hari yang baik untuk saling mengirim makanan dan memberikan sedekah kepada kalangan miskin.

Kongsi
Baca ESTER 9
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video