ESTER 3:15 - Bandingkan Semua Versi
ESTER 3:15 BM (Alkitab Berita Baik)
Para utusan cepat berangkat untuk menghantar surat-surat itu ke semua wilayah. Dengan perintah raja, titah itu diisytiharkan juga di ibu kota Susan. Raja dan Haman duduk-duduk sambil minum wain, tetapi kota Susan gempar kerana berita itu.
ESTER 3:15 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Lalu bersegeralah para utusan pantas pergi demi melaksanakan perintah raja. Titah itu dikeluarkan di puri Susan. Maka, sementara raja dan Haman duduk minum-minum, gemparlah seluruh kota Susan.