Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

PENGKHUTBAH 7:1-6

PENGKHUTBAH 7:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)

Nama baik lebih harum daripada minyak wangi yang mahal, dan hari kematian lebih baik daripada hari kelahiran. Lebih baik melawat keluarga yang berkabung daripada keluarga yang berpesta, kerana orang hidup perlu diingatkan bahawa kematian sentiasa menunggu kita semua. Kesedihan lebih baik daripada ketawa; biar wajah murung asal hati lega. Orang bodoh sentiasa memikirkan kesenangan; orang arif memikirkan kematian. Lebih baik ditegur oleh orang bijak daripada dipuji oleh orang bodoh. Ketawa orang bodoh tidak bererti, seperti bunyi duri dibakar api.

Kongsi
Baca PENGKHUTBAH 7

PENGKHUTBAH 7:1-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Nama yang baik lebih baik daripada ubat salap yang berharga, dan hari kematian lebih baik daripada hari kelahiran. Pergi ke rumah orang berkabung lebih baik daripada pergi ke rumah orang berpesta kerana kesudahan setiap insan memang di rumah orang berkabung. Semoga setiap insan yang hidup memperingati hal ini. Berdukacita lebih baik daripada tertawa kerana hati akan lega oleh wajah yang muram. Hati orang yang bijaksana berada di tempat perkabungan tetapi hati orang bodoh di tempat bersuka ria. Mendengar celaan orang yang bijaksana lebih baik daripada mendengar dendangan orang bodoh. Kerana sebagaimana bunyi duri terbakar di bawah periuk, begitulah ketawa orang bodoh. Ini pun kesia-siaan.

Kongsi
Baca PENGKHUTBAH 7
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video