PENGKHUTBAH 5:10-12 - Compare All Versions
PENGKHUTBAH 5:10-12 BM (Alkitab Berita Baik)
Semakin banyak kekayaan kamu, semakin banyak tanggungan kamu. Kamu tidak mendapat keuntungan apa-apa, kamu hanya tahu bahawa kamu kaya. Pekerja mungkin cukup makan atau mungkin tidak, tetapi setidak-tidaknya mereka dapat tidur nyenyak. Sebaliknya, orang kaya mempunyai begitu banyak harta sehingga mereka tidak dapat tidur kerana risau. Aku melihat sesuatu yang menyedihkan di dunia ini: ada orang menyimpan wang untuk masa mereka memerlukannya.
PENGKHUTBAH 5:10-12 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Pencinta wang tidak akan puas dengan wang dan begitu jugalah pencinta kelimpahan tidak akan puas dengan pendapatannya. Ini juga kesia-siaan. Apabila ada pertambahan harta, akan bertambah juga kalangan yang menghabiskannya. Maka keuntungan apa yang dikecap para pemilik harta kecuali sekadar melihatnya dengan matanya? Nyenyak tidurnya orang yang bekerja, sama ada dia makan sedikit atau banyak tetapi kekenyangan orang kaya memang tidak membolehkan dia tidur.