PENGKHUTBAH 4:9-12
PENGKHUTBAH 4:9-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Berdua lebih baik daripada seorang diri, kerana bersama-sama mereka dapat bekerja dan hasilnya lebih baik. Jika seorang jatuh, yang seorang lagi dapat menolongnya. Tetapi jika orang itu sendirian, lalu jatuh, malanglah dia kerana tiada sesiapa yang menolongnya. Jika dua orang tidur bersama-sama mereka dapat saling menghangatkan badan, tetapi bagaimanakah seorang menjadi hangat jika dia sendirian? Orang yang sendirian mudah dikalahkan, tetapi dua orang dapat menentang serangan. Tiga utas tali yang dipintal menjadi satu, susah diputuskan.
PENGKHUTBAH 4:9-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Berdua lebih baik daripada bersendiri kerana mereka menerima upah yang baik atas penat lelah mereka. Seandainya ada antara mereka yang jatuh, yang seorang lagi akan mengangkat temannya, tetapi malangnya orang yang jatuh dan tiada sesiapa untuk mengangkatnya! Juga apabila orang tidur berdua, mereka akan terasa panas, tetapi bagaimana yang tidur bersendirian dapat berasa panas? Dan orang yang bersendirian dapat ditewaskan, dua orang dapat bertahan. Tiga utas tali yang dipintal memang tidak mudah diputuskan.