PENGKHUTBAH 2:24-26
PENGKHUTBAH 2:24-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Sebaik-baiknya yang dapat dilakukan oleh manusia adalah makan, minum, dan menikmati hasil usaha mereka. Namun aku sedar bahawa semua ini pemberian Allah juga. Siapakah yang dapat makan dan menikmati hidup tanpa Allah? Allah memberikan hikmat, pengetahuan, dan kegembiraan kepada orang yang menyenangkan hati-Nya. Tetapi orang berdosa disuruh-Nya bekerja mencari nafkah dan menimbun hasil, dan akhirnya semua itu diberikan kepada orang yang menyenangkan hati Allah. Semua itu sia-sia, seperti mengejar angin.
PENGKHUTBAH 2:24-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Bukankah tiada yang lebih baik bagi manusia kecuali makan dan minum dan bersenang-lenang hasil usahanya berpenat lelah? Aku sedar betapa rahmat itu juga daripada tangan Allah. Sebabnya siapalah yang dapat makan dan merasai kenikmatan itu tanpa rahmat-Nya? Sebabnya kepada orang yang Dia berkenan dalam hati-Nya, Allah menganugerahkan hikmah, ilmu pengetahuan dan kegembiraan, tetapi kepada pendosa Dia serahkan tugas untuk mengumpul dan menimbunkan hasil yang kelak terpaksa diberikannya kepada orang yang diperkenan Allah. Maka ini juga kesia-siaan dan usaha menjaring angin.