ULANGAN 5:12-15
ULANGAN 5:12-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Rayakanlah hari Sabat dan hormatilah hari itu sebagai hari yang suci, seperti yang Aku TUHAN, Allah kamu, perintahkan. Kamu mempunyai enam hari untuk bekerja, tetapi hari yang ketujuh ialah hari rehat yang ditahbiskan untuk Aku. Pada hari itu satu pun tidak boleh bekerja: sama ada kamu, anak kamu, abdi kamu, ternakan kamu, atau orang asing yang tinggal di negeri kamu. Abdi-abdi kamu mesti berehat seperti kamu. Ingatlah bahawa dahulu kamu diperhamba di negeri Mesir, dan Aku TUHAN, Allah kamu, membebaskan kamu dengan kuasa dan kekuatan-Ku yang besar. Itulah sebabnya Aku memerintah kamu untuk merayakan hari Sabat.
ULANGAN 5:12-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Peliharalah hari Sabat dan jagalah kesuciannya, seperti yang diperintahkan TUHAN, Allahmu, kepadamu. Enam hari lamanya kamu harus bekerja dan melakukan segala pekerjaanmu, tetapi hari ketujuh ialah hari Sabat bagi TUHAN, Allahmu. Pada hari itu jangan melakukan pekerjaan apa-apa pun baik kamu, anak lelakimu, anak perempuanmu, hambamu yang lelaki, hambamu yang perempuan, lembumu, keldaimu, mahupun haiwanmu, juga pendatang yang ada di kotamu. Dengan demikian hambamu baik lelaki mahupun perempuan dapat beristirahat, sama seperti kamu. Ingatlah bahawa kamu pun pernah menjadi hamba di Tanah Mesir, tetapi TUHAN, Allahmu, telah membawa kamu keluar dari sana dengan tangan yang perkasa dan lengan yang terhulur. Itulah sebabnya TUHAN, Allahmu, memerintahkan kamu untuk memelihara hari Sabat.