ULANGAN 34:1-5
ULANGAN 34:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Musa meninggalkan dataran Moab lalu mendaki Gunung Nebo, ke puncak Gunung Pisga di sebelah timur kota Yerikho. Di sana TUHAN menunjukkan seluruh tanah itu kepadanya: wilayah Gilead sampai kota Dan di utara; seluruh wilayah Naftali; wilayah Efraim dan Manasye; wilayah Yehuda di sebelah barat sampai ke Laut Tengah; bahagian selatan Yehuda; dan dataran dari Zoar sampai ke Yerikho, kota pokok kurma. Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Itulah tanah yang Aku janjikan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub, untuk diberikan kepada keturunan mereka. Aku membenarkan engkau memandangnya tetapi Aku tidak membenarkan engkau pergi ke sana.” Kemudian Musa, hamba TUHAN itu, meninggal di tanah Moab, sebagaimana yang sudah difirmankan TUHAN.
ULANGAN 34:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian naiklah Musa dari dataran Moab ke Gunung Nebo, iaitu ke puncak Pisga, yang berseberangan dengan Yerikho. Lalu TUHAN memperlihatkan kepadanya seluruh negeri itu: dari Gilead sampai ke Dan, seluruh Tanah Naftali, Tanah Efraim dan Manasye, seluruh Tanah Yehuda sampai ke laut sebelah barat, Tanah Negeb dan dataran rendah Yerikho, kota pokok kurma itu, sampai ke Zoar. Firman TUHAN kepadanya, “Itulah negeri yang Kusumpah kepada Abraham, Ishak, dan Yakub ketika Aku berfirman, ‘Aku akan memberikannya kepada keturunanmu.’ Aku mengizinkan engkau melihatnya dengan matamu, tetapi engkau tidak akan menyeberang ke sana.” Setelah itu Musa, hamba TUHAN itu, meninggal di sana, di Tanah Moab, selaras dengan firman TUHAN.