Logo Apl Bible
Ikon Carian

DANIEL 6:16-23 - Bandingkan Semua Versi

DANIEL 6:16-23 BM (Alkitab Berita Baik)

Kemudian orang yang berkomplot itu kembali dan berkata kepada raja, “Tuanku tahu bahawa menurut undang-undang Media dan Persia, perintah yang dikeluarkan oleh raja tidak boleh diubah.” Lalu raja pun memberikan perintah agar Daniel ditangkap dan dibuang ke dalam gua singa. Raja bertitah kepada Daniel, “Semoga Allah yang kamu sembah dengan setia itu menyelamatkan kamu.” Kemudian mulut gua ditutup dengan sebuah batu besar, dan raja memeteraikan batu itu dengan meterainya sendiri serta meterai para pembesarnya, supaya tidak seorang pun dapat menyelamatkan Daniel. Selepas itu raja kembali ke istana, tetapi malam itu baginda tidak dapat beradu. Baginda tidak bersantap dan tidak mahu dihibur. Pada waktu subuh, raja bangun dan tergesa-gesa pergi ke gua singa itu. Setibanya di situ, baginda memanggil dengan cemas, “Daniel, hamba Allah yang hidup! Adakah Allah yang kamu layani dengan begitu setia itu dapat menyelamatkan kamu daripada singa-singa itu?” Daniel menjawab, “Daulat tuanku! Allah telah mengirim malaikat-Nya untuk menutup mulut singa-singa itu sehingga hamba tidak diapa-apakan. Dia berbuat demikian kerana Dia tahu hamba tidak bersalah, baik terhadap Dia mahupun terhadap tuanku.”

DANIEL 6:16-23 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Maka raja memberikan perintah supaya Daniel dibawa dan dihumban ke dalam gua singa. Raja berkata kepada Daniel, “Semoga tuhan kamu yang selalu kamu sembah kelak melepaskan engkau!” Lalu sebuah batu dibawa dan diletakkan di mulut gua itu. Raja memateraikan batu itu dengan cincin materainya dan dengan cincin para pembesarnya, supaya tidak ada yang dapat mengubah keputusan dalam hal Daniel itu. Setelah itu, raja pulang ke istananya dan ia berpuasa pada malam itu. Para penghibur tidak dibawa masuk kepadanya dan ia tidak dapat tidur. Kemudian raja bangun pada waktu fajar menyingsing dan pergi dengan segera ke gua singa. Setelah sampai dekat gua itu, berserulah dia kepada Daniel dengan suara yang penuh kesayuan. Kata raja kepada Daniel, “Daniel, hamba kepada Allah yang hidup, apakah Allahmu yang selalu kausembah itu sanggup melepaskan engkau daripada singa-singa itu?” Pada waktu itu Daniel berbicara kepada raja, “Semoga Raja hidup selama-lamanya! Allah yang hamba sembah telah mengutus malaikat-Nya untuk mengatupkan mulut singa-singa ini sehingga tidak dapat menghancurkan hamba, kerana hamba didapati tidak bersalah di hadapan-Nya. Di hadapan Tuanku Raja juga hamba tidak melakukan kejahatan.” Maka raja menjadi sangat gembira dan memberikan perintah supaya Daniel ditarik keluar dari gua itu. Lalu Daniel ditarik keluar dari gua, dan sesuatu luka pun tidak didapati padanya, kerana dia beriman kepada Allahnya.