KOLOSE 3:15-17
KOLOSE 3:15-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Hendaklah kedamaian yang diberikan oleh Kristus menolong kamu membuat keputusan tentang apa yang harus dilakukan, kerana Allah telah memanggil kamu supaya menjadi anggota satu tubuh, sehingga kamu dapat mengalami kedamaian itu. Bersyukurlah! Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu. Hendaklah kamu saling mengajar dan menasihati dengan segala kebijaksanaan. Nyanyikanlah mazmur, nyanyian pujian, dan lagu rohani. Bernyanyilah untuk Allah dengan perasaan syukur di dalam hati. Segala sesuatu yang kamu lakukan atau katakan, haruslah dilakukan demi nama Tuhan Yesus, sambil bersyukur kepada Allah Bapa bagi apa yang dilakukan oleh Tuhan Yesus untuk kamu.
KOLOSE 3:15-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Biarlah kiranya sŭjahtra deripada Allah itu bŭrkrajaan dalam hati kamu, maka deri hal itulah juga kamu tŭlah dijŭmpot akan mŭnjadi suatu tuboh; maka mŭnguchap shukorlah. Maka biarlah kiranya pŭrkataan Almasih itu tinggal dalam hati kamu bŭrlempah lempah dalam sagala budi; mŭngajar dan mŭmbri nasihat sa’orang dŭngan sa’orang, dŭngan mazmor mazmor, dan puji pujian, dan shayer ilham Roh, mŭnyanyilah dŭngan anugrah bagie Tuhan Isa. Maka barang suatu yang kamu pŭrbuat, baik dŭngan pŭrkataan, baik dŭngan pŭkŭrjaan, maka handaklah kamu bŭrbuat skalian itu dŭngan nama Tuhan Isa, mŭnguchap shukorlah dŭngan bŭrkatnya kapada Allah iya itu Ayah.
KOLOSE 3:15-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Biarlah damai Kristus menguasai hatimu. Kamu telah dipanggil untuk mendapat damai itu dalam satu tubuh. Kamu haruslah bersyukur. Biarlah sabda Kristus menetap dalam dirimu dengan segala kekayaan dan kebijaksanaannya. Ajar dan nasihati satu sama lain dengan mazmur, lagu pujian dan nyanyian rohani, serta nyanyikanlah lagu rohani dengan rasa syukur kepada Allah dalam hatimu. Segala yang kamu katakan dan lakukan haruslah dengan nama Tuhan Yesus sambil mengucap syukur kepada Bapa kita Allah melalui-Nya.