KOLOSE 3:13-15
KOLOSE 3:13-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Hendaklah kamu saling bersabar dan saling mengampuni apabila ada yang menaruh dendam terhadap orang lain. Kamu harus saling mengampuni sebagaimana Tuhan sudah mengampuni kamu. Di samping melakukan semua itu, kamu harus saling mengasihi, kerana kasih menyatupadukan kamu dengan sempurna. Hendaklah kedamaian yang diberikan oleh Kristus menolong kamu membuat keputusan tentang apa yang harus dilakukan, kerana Allah telah memanggil kamu supaya menjadi anggota satu tubuh, sehingga kamu dapat mengalami kedamaian itu. Bersyukurlah!
KOLOSE 3:13-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Sabarlah sa’orang akan sa’orang, dan maafkanlah sa’orang akan sa’orang, jikalau ada barang sa’orang bŭrsalah akan sa’orang; spŭrti kamu pun tŭlah diampuni ulih Almasih, maka dŭmkianlah juga handaknya kamu pun bŭrbuat. Adapun atas sagala pŭrkara inipun, tarohkanlah kasih, iya itulah pŭngikat kasampornaan. Biarlah kiranya sŭjahtra deripada Allah itu bŭrkrajaan dalam hati kamu, maka deri hal itulah juga kamu tŭlah dijŭmpot akan mŭnjadi suatu tuboh; maka mŭnguchap shukorlah.
KOLOSE 3:13-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Bersabarlah terhadap satu sama lain, maaf-memaafi, jika seseorang ada sesuatu aduan terhadap yang lain. Sebagaimana Tuhan telah mengampuni kamu, demikianlah kamu harus mengampuni sesama sendiri. Paling utama amalkanlah kasih, ikatan dan penyatu yang sempurna. Biarlah damai Kristus menguasai hatimu. Kamu telah dipanggil untuk mendapat damai itu dalam satu tubuh. Kamu haruslah bersyukur.