KOLOSE 1:15-16
KOLOSE 1:15-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Kristus serupa dengan Allah, tetapi Kristus dapat dilihat, sedangkan Allah tidak. Kristus itu Anak sulung yang lebih utama daripada segala sesuatu yang diciptakan. Hal itu demikian kerana melalui Dialah Allah menciptakan segala sesuatu di syurga dan di atas bumi, segala sesuatu yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, termasuk juga roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah. Allah menciptakan alam semesta melalui Kristus dan untuk Kristus.
KOLOSE 1:15-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka iyalah juga pŭta Allah yang tiada klihatan, iya itulah anak sulong deripada sagala kajadian. Kŭrna deripadanyalah juga sagala pŭrkara tŭlah dijadikan, baik dilangit, baik dibumi, deripada yang lahir, dan batin, baik singgahsana singgahsana, baik pŭrtuan pŭrtuanan, baik pŭmrentah pŭmrentahan, baik pŭnguasa pŭnguasaan, sagala pŭrkara itu tŭlah jadi ulihnya, dan sŭbabnya.
KOLOSE 1:15-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dia ialah gambaran Allah yang tidak kelihatan, Dialah anak sulung antara segala yang diciptakan. Kerana melalui Dia segala sesuatu diciptakan: yang wujud di bumi dan di syurga, yang kelihatan dan tidak kelihatan, baik yang bertakhta mahupun yang berkuasa, baik pemerintah mahupun kerajaan; segala-galanya telah dicipta melalui-Nya dan untuk-Nya.