KISAH RASUL-RASUL 9:39 - Bandingkan Semua Versi
KISAH RASUL-RASUL 9:39 BM (Alkitab Berita Baik)
Petrus bersiap lalu mengikut mereka. Apabila dia tiba di situ, dia dibawa ke bilik di tingkat atas. Sambil menangis semua balu di situ mengerumuni Petrus dan menunjukkan pakaian dan jubah yang telah dijahit oleh Dorkas bagi mereka, semasa dia masih hidup.
KISAH RASUL-RASUL 9:39 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Petrus segera pergi bersama mereka. Setibanya di situ, dia dibawa naik ke bilik di tingkat atas itu. Semua balu di situ berdiri di sisinya sambil menangis dan menunjukkan pelbagai pakaian yang telah dijahit oleh Dorkas untuk mereka sewaktu hidupnya.
KISAH RASUL-RASUL 9:39 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Maka dŭngan skutika itu juga Petros pun pŭrgilah sŭrta marika itu; maka apabila iya sampie, dibawa oranglah akan dia naik ka’atas loteng: maka adalah sagala pŭrampuan janda itu bŭrdiri dŭkat sambil mŭnangis, sŭrta mŭngunjokkan baju baju, dan pakiean yang tŭlah dipŭrbuat ulih Dorkas itu, tŭtkala iya lagi bŭsŭrta dŭngan marika itu.