Langkau ke kandungan

KISAH RASUL-RASUL 8:4-36 - Bandingkan Semua Versi

KISAH RASUL-RASUL 8:4-36 BM (Alkitab Berita Baik)

Pengikut Yesus yang tercerai-cerai itu mengkhabarkan Berita Baik daripada Allah ke serata tempat. Filipus pergi ke kota yang terpenting di Samaria dan memberitahu orang di sana tentang Penyelamat yang diutus oleh Allah. Apabila orang di situ mendengar Filipus berkata-kata dan melihat mukjizat yang dilakukannya, mereka memperhatikan baik-baik apa yang dikatakan oleh Filipus. Sambil menjerit-jerit roh jahat keluar daripada banyak orang yang kerasukan. Banyak orang lumpuh dan tempang pun disembuhkan. Oleh itu orang di Samaria sangat bersukacita. Seorang lelaki bernama Simon tinggal di kota itu. Sudah beberapa lama dia mempesonakan orang Samaria dengan ilmu sihirnya. Dia mengaku dirinya seorang yang luar biasa. Semua lapisan masyarakat di kota itu mendengarkan dia dengan penuh minat. Mereka berkata, “Tuhan yang disebut ‘Kekuasaan Besar’ sudah menjelma dalam orang ini.” Mereka mendengarkan dia dengan penuh minat, kerana sudah lama sekali dia mempesonakan mereka dengan ilmu sihirnya. Tetapi apabila mereka percaya kepada perkhabaran Filipus, iaitu Berita Baik tentang Pemerintahan Allah dan tentang Yesus Kristus, mereka dibaptis - baik lelaki mahupun perempuan. Simon sendiri pun percaya kepada perkhabaran Filipus, dan setelah dia dibaptis, dia mengikuti Filipus. Simon hairan melihat keajaiban dan mukjizat yang dilakukan oleh Filipus. Rasul-rasul di Yerusalem mendengar berita bahawa orang Samaria sudah menerima firman Allah. Oleh itu mereka mengutus Petrus dan Yohanes ke sana. Apabila Petrus dan Yohanes tiba, mereka berdoa bagi pengikut Yesus di situ supaya menerima Roh Allah, kerana tidak seorang pun di kalangan mereka dikuasai oleh Roh Allah. Mereka baru dibaptis demi nama Tuhan Yesus sahaja. Lalu Petrus dan Yohanes meletakkan tangan mereka ke atas kepala orang Samaria di situ, dan mereka pun menerima Roh Allah. Simon melihat bahawa Roh Allah diberikan kepada orang apabila rasul-rasul meletakkan tangan ke atas kepala orang. Oleh itu, Simon menawarkan wang kepada Petrus dan Yohanes, dan berkata, “Berikan kuasa itu kepada saya supaya orang menerima Roh Allah apabila saya meletakkan tangan saya ke atas kepala mereka.” Tetapi Petrus menjawab, “Terkutuklah kamu dan wangmu, kerana menyangka kurnia Allah dapat dibeli dengan wang! Kamu tidak mempunyai bahagian dalam pekerjaan kami, kerana hatimu tidak tulus di sisi Allah. Bertaubatlah daripada niatmu yang jahat itu, dan berdoalah supaya Tuhan mengampuni kamu daripada fikiran yang sesat itu! Aku tahu bahawa kamu sungguh iri hati dan diperhamba oleh dosa.” Lalu Simon berkata kepada Petrus dan Yohanes, “Berdoalah kepada Tuhan bagi saya, supaya saya tidak ditimpa perkara-perkara yang saudara-saudara katakan itu.” Setelah Petrus dan Yohanes memberikan kesaksian tentang Yesus serta menyampaikan perkhabaran Tuhan, mereka kembali ke Yerusalem. Dalam perjalanan, mereka mengkhabarkan Berita Baik itu di banyak pekan di daerah Samaria. Malaikat Tuhan berkata kepada Filipus, “Bersiap-siaplah dan pergilah ke arah selatan, ke jalan yang menghubungkan Yerusalem dengan Gaza.” (Jalan itu tidak digunakan lagi.) Lalu Filipus pun berangkat. Seorang sida-sida dari Etiopia sedang dalam perjalanan pulang ke negerinya. Dia seorang pegawai tinggi yang bertanggungjawab atas kekayaan Kandake, ratu negeri Etiopia. Pegawai itu pergi ke Yerusalem untuk menyembah Allah dan sekarang dia dalam perjalanan pulang. Dia duduk di dalam kereta kudanya, sambil membaca kitab Nabi Yesaya. Roh Allah berkata kepada Filipus, “Pergi dekati kereta kuda itu.” Filipus segera pergi menghampiri kereta kuda itu, lalu mendengar pegawai tinggi itu sedang membaca kitab Nabi Yesaya. Filipus bertanya kepadanya, “Adakah tuan memahami apa yang tuan baca?” Pegawai tinggi itu menjawab, “Bagaimana saya boleh faham jika tidak ada orang yang menerangkannya?” Lalu dia mengajak Filipus menaiki kereta kudanya dan duduk dengan dia. Inilah ayat-ayat yang dibacanya, “Dia seperti domba yang digiring untuk disembelih; seperti anak domba yang tidak mengembik ketika bulunya digunting; demikianlah Dia tidak berkata sepatah pun. Dia dihina dan diperlakukan dengan tidak adil. Nyawanya dicabut dari muka bumi, sehingga tiada seorang pun dapat menceritakan keturunannya.” Pegawai tinggi itu berkata kepada Filipus, “Tolong beritahu, siapakah yang dimaksudkan oleh nabi itu? Dirinya sendiri atau orang lain?” Lalu Filipus mula berkata-kata. Melalui ayat-ayat itu Filipus memberitahu dia Berita Baik tentang Yesus. Dalam perjalanan, mereka sampai ke suatu tempat yang berair. Pegawai itu berkata, “Lihatlah, di sini ada air. Adakah sebab yang menghalang saya dibaptis?” [

KISAH RASUL-RASUL 8:4-36 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Mereka yang bercerai-berai pergi ke merata-rata menyampaikan firman. Kemudian Filipus pergi ke sebuah kota di Samaria dan memberitakan Kristus kepada orang di situ. Apabila orang ramai mendengar apa yang dikatakan Filipus dan melihat segala tanda keajaiban yang dilakukannya, mereka semua memperhatikan dengan sepenuh hati apa yang dikatakannya. Roh-roh jahat melolong sambil keluar daripada ramai orang yang kerasukan, manakala sebilangan besar yang lumpuh dan tempang telah disembuhkan. Seluruh kota itu amat bersukacita. Akan tetapi, ada seorang lelaki bernama Simon, yang dahulunya mengamalkan sihir di situ dan mengagumkan orang Samaria serta mengaku dirinya seorang yang hebat. Mereka semua, daripada yang paling rendah tarafnya hinggalah kepada yang tertinggi, mendengar katanya. Mereka berkata, “Orang ini dikenal sebagai Kuasa Besar Allah.” Mereka mendengar katanya kerana dia telah lama mengagumkan mereka dengan sihirnya. Namun apabila mereka mempercayai Filipus ketika dia mengkhabarkan berita baik tentang kerajaan Allah dan nama Yesus Kristus, mereka pun dibaptiskan, baik lelaki mahupun perempuan. Kemudian Simon sendiri percaya; dan setelah dibaptiskan dia terus menyertai Filipus dan amat kagum melihat mukjizat-mukjizat serta tanda yang dilakukan. Apabila para rasul di Yerusalem mendengar bahawa orang Samaria telah menerima firman Allah, mereka mengutus Petrus dan Yohanes ke sana. Setelah sampai di situ, kedua-duanya berdoa semoga mereka menerima Roh Kudus, kerana mereka belum lagi dipenuhi oleh-Nya. Mereka baru dibaptiskan sahaja dengan nama Tuhan Yesus. Kemudian Petrus dan Yohanes meletakkan tangan atas mereka lalu mereka menerima Roh Kudus. Setelah Simon melihat betapa Roh Kudus diberikan ketika para rasul meletakkan tangan, dia menawarkan wang kepada mereka sambil berkata, “Berilah aku kuasa itu juga, supaya sesiapa yang kuletakkan tangan atasnya akan menerima Roh Kudus.” Tetapi Petrus berkata kepadanya, “Punahlah wangmu bersamamu, kerana kamu menyangka kurnia Allah dapat dibeli dengan wang! Kamu tidak ada bahagian dalam pekerjaan kami, kerana hatimu tidak ikhlas di mata Allah. Oleh itu, bertaubatlah daripada kejahatanmu itu, dan berdoalah kepada Tuhan semoga kamu dapat diampuni kerana niat dalam hatimu itu; kerana kulihat kamu diracuni perasaan kepahitan dan dibelenggu dosa.” Simon menjawab, “Berdoalah kepada Tuhan untukku, supaya apa yang kamu sebutkan tadi tidak menimpaku.” Setelah mereka memberikan kesaksian dan menyampaikan firman Tuhan, mereka pun pulang ke Yerusalem, sambil menyebarkan Injil tentang Yesus di banyak kampung orang Samaria. Malaikat Tuhan berkata kepada Filipus, “Bangkit dan pergilah ke arah selatan di jalan antara Yerusalem dengan Gaza. Sekarang tempat itu lengang.” Dia pun bangkit lalu pergi. Ada seorang Ethiopia, seorang sida-sida, yang besar pangkatnya di bawah perintah Kandake, ratu negeri Ethiopia, dan ditugaskan menjaga seluruh perbendaharaannya. Dia telah pergi ke Yerusalem untuk beribadat. Ketika dia sedang dalam perjalanan pulang dan sambil duduk di dalam rata kudanya, dia membaca kitab Nabi Yesaya. Roh Kudus berkata kepada Filipus, “Pergi dekati rata itu.” Filipus pun berlari mendapatkannya lalu mendengarnya membaca kitab Nabi Yesaya. Filipus berkata, “Fahamkah apa yang kamu baca itu?” Jawabnya, “Bagaimana aku dapat memahaminya, kecuali ada orang yang membimbingku?” Dia pun mengajak Filipus naik duduk di sisinya. Bahagian Kitab Suci yang dibacanya ialah: “Seperti domba yang dibawa untuk disembelih, seperti anak domba yang senyap di hadapan orang yang menggunting bulunya, maka Dia tidak membuka mulut-Nya. Dia dihina dan keadilan direntap daripada-Nya, maka siapa akan mengisahkan keturunan-Nya? Nyawa-Nya direnggut dari muka bumi.” Sida-sida itu berkata kepada Filipus, “Aku bertanya kepadamu, tentang siapakah nabi itu bercakap, tentang dirinya atau seseorang lain?” Filipus pun membuka mulutnya: bermula dari bahagian Kitab Suci itu, dia menyampaikan berita baik tentang Yesus kepada sida-sida itu. Sedang mereka meneruskan perjalanan, mereka sampai di suatu tempat yang berair. Sida-sida itu berkata, “Lihat, di sini ada air. Apa yang menghalang aku daripada dibaptiskan?”

KISAH RASUL-RASUL 8:4-36 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Arkian maka sagala orang yang tŭrchŭrie brie itu pun mŭnjalanilah akan sagala banua sambil mŭmashorkan pŭrkataan Injil. Maka tŭtkala itu turonlah Filipus kŭnŭgri Samaria, sambil mŭmbri tahu kapada sagala orang deri hal Almasih. Maka sagala orang pun sŭtujulah dŭngan satu hati, kapada pŭrkara yang diajarkan ulih Filipus, sambil didŭngar dan dilihat ulih marika itu sagala tandah yang diadakannya. Kŭrna banyaklah jin yang jahat kluarlah deripada bŭbrapa orang yang tŭrkŭna itu, sambil bŭrtriak dŭngan nyaring swarany, adan banyaklah pula orang yang tepok dan lŭmpoh itu pun disŭmbohkannya. Maka jadilah kŭsukaan yang bŭsar dalam nŭgri itu. Bŭrmula maka adalah sa’orang orang yang bŭrnama Simon, iya itu orang hubatan dahulu dalam nŭgri itu, maka iya mŭmpŭrdayakan orang Samaria, dikatakannya dirinya sa’orang orang bŭsar adanya. Maka diturot ulih sagala orang akan dia, deripada kŭchil dan bŭsar katanya, Bahwa orang ini bŭrulih pŭngwasaan yang bŭsar deripada Allah. Maka dipŭrkŭnankan orang akan dia itu, sŭbab iya tŭlah mŭmpŭrdayakan dia dŭngan hubatannya bŭbrapa lamanya. Tŭtapi apabila marika itu pŭrchayalah Filipus ada mŭmashorkan pŭrkara pŭrkara derihal krajaan Allah, dan nama Isa Almasih; maka marika itu pun deripada laki laki dan pŭrampuan dibaptisakannyalah. Maka Simon pun pŭrchayalah, sŭtlah sudah dibaptisakan akan dia, maka bŭrjinak jinakkanlah iya dŭngan Filipus, maka apabila dilihatnya akan sagala tandah dan ajaib yang diadakannya itu, maka tŭrchŭngang chŭnganglah iya. Shahadan apabila didŭngar ulih sagala Rasol yang ada diJerusalem, bahwa orang orang Samaria tŭlah mŭnŭrima pŭrkataan Allah, maka disurohnya pula Petros dan Yahya pŭrgi kapadanya. Maka apabila marika itu sampie, lalu dimintakannyalah doa akan orang Samaria, supaya marika itu pun bulih mŭnŭrima Roh Alkudus. Kŭrna bŭlom lagi Roh itu dituronkan kapada sa’orang jua pun deripada marika itu; tŭtapi marika itu tŭlah dibaptisakan sahja dŭngan nama Tuhan Isa. Maka dŭmi ditaroh ulih Rasol itu tangannya ka’atas marika itu, maka marika itu pun mŭndapatlah Roh Alkudus. Adapun apabila dilihat ulih Simon, bahwa Roh Alkudus tŭlah dikurniakan, sŭbab Rasol itu tŭlah mŭnaroh tangan ka’atas orang itu, maka iya handak mŭmbri wang pada marika itu, Katanya, Brilah kiranya padaku pun kwasa ini, supaya apabila aku mŭnaroh tangan ka’atas barang orang, iya pun bulih mŭndapat Roh Alkudus. Tŭtapi bŭrkatalah Petros padanya, Binasalah wangmu itu sŭrtamu; kŭrna sangkamu bahwa kurnia Allah itu dapat dibli dŭngan wang? Maka tiadalah kamu mŭmpunyai bahgian atau untong dalam hal ini, kŭrna hatimu itu tiada bŭnar kapada Allah. Sŭbab itu taubatlah angkau deripada kŭjahatanmu ini, dan mintalah doa kapada Allah, kalau kalau akan diampuninya derihal sangka hatimu ini. Kŭrna aku mŭlihat angkau lagi dalam hŭmpŭdu kŭpahitan, dan dalam bŭlunggu kŭjahatan. Maka sahut Simon katanya, Handaklah kamu mŭmintakan doa akan daku kapada Tuhan, supaya jangan datang ka’atasku barang suatu yang tŭlah kamu katakan ini. Adapun apabila marika itu tŭlah mŭnyaksikan, dan mŭmashorkan pŭrkataan Tuhan, lalu kŭmbalilah marika itu kaJerusalem, sambil mŭmashorkan Injil dalam bŭbrapa duson duson orang Samaria. ¶ Sŭbarmula maka bŭrkatalah sa’orang mŭliekat Tuhan pada Filipus, Bangunlah angkau bŭrjalan kasŭblah sŭlatan yang dijalan turon deri Jerusalem kanŭgri Gaza yang sunyi itu. Hata maka bangunlah iya lalu bŭrjalan; maka bahwa sŭsungguhnya adalah sa’orang Habshi, iya itu sida sida mantri bŭsar dibawah raja pŭrampuan orang Habshi yang bŭrnama Kandace, maka iyalah yang mŭmŭgang pŭrbandahrannya, iya itu tŭlah datang sŭmbahyang diJerusalem. Maka adalah iya pulang, dudok diatas kretanya, sambil mŭmbacha surat nabi Jasia. Maka bŭrkatalah Roh akan Filipus, Pŭrgilah angkau dŭkat, sŭrta rapatkanlah dirimu pada kreta itu. Maka bŭrlarilah Filipus dŭkat, lalu didŭngarnya dia mŭmbacha surat nabi Jasia; maka kata Filipus, Adakah angkau mŭngarti bachaanmu itu? Maka jawabnya, Mana bulih, jikalau tiada sa’orang mŭngŭrtikan padaku. Maka disurohnya Filipus naik dudok sŭrtanya. Adapun tŭmpat kitab yang dibachanya itu dŭmkian bunyinya; Iya itu tŭlah dibawa spŭrti sa’ekor domba akan disŭmbleh, dan spŭrti sa’ekor anak domba mŭmbisukan dirinya dihadapan orang yang mŭnggunting bulunya, maka dŭmkianlah adanya tiada iya mŭmbuka mulotnya. Dalam hal kŭrŭndahannya, maka diambil deripadanya bicharanya yang adil, maka siapakah dapat mŭngatakan derihal orang zamannya itu, kŭrna nyawanya itu tŭlah diputuskan deri atas bumi. Maka kata sida sida itu kapada Filipus, Bahwa aku bŭrtanya kapadamu, deri hal siapakah nabi itu bŭrkata, deri hal dirinyakah, atau deri hal orang lainkah? Maka Filipus pun mŭmbuka mulotnya, sŭrta dimulainya deripada pŭrkataan kitab itu juga dibrinya tahu padanya derihal Isa. Maka adalah sŭmŭntara marika itu bŭrjalan sŭpanjang jalan, maka sampielah iya kapada suatu tŭmpat ayer, lalu bŭrkatalah sida sida itu, Lihatlah, bahwa itutah ayer, apakah yang mŭlarangkan aku dibaptisakan?