KISAH RASUL-RASUL 4:1-8
KISAH RASUL-RASUL 4:1-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Petrus dan Yohanes masih berkata-kata kepada orang ramai, apabila imam-imam, ketua pengawal Rumah Tuhan, dan beberapa orang Saduki datang. Mereka marah kerana Petrus dan Yohanes mengajar orang ramai bahawa Yesus sudah dibangkitkan daripada kematian. Hal itu membuktikan bahawa orang mati akan dibangkitkan. Oleh itu mereka menangkap kedua-dua orang rasul itu. Mereka ditahan di dalam penjara sehingga esok, kerana hari sudah petang. Tetapi banyak orang yang mendengar perkhabaran itu percaya kepada Yesus. Bilangan mereka bertambah sehingga kira-kira lima ribu orang. Pada hari berikutnya, para pemimpin bangsa Yahudi, pemimpin masyarakat Yahudi, dan guru Taurat berkumpul di Yerusalem. Mereka menjumpai Imam Agung Hanas dan Kayafas, Yohanes, Aleksander, dan semua orang lain yang tergolong dalam keluarga Imam Agung itu. Mereka menyuruh rasul-rasul itu berdiri di hadapan mereka, lalu bertanya, “Bagaimanakah kamu menyembuhkan orang lumpuh itu? Dengan kuasa apa atau dengan kuasa siapa kamu melakukan hal itu?” Petrus, yang dikuasai oleh Roh Allah, menjawab, “Tuan-tuan pemimpin bangsa Yahudi dan pemimpin masyarakat Yahudi!
KISAH RASUL-RASUL 4:1-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBARMULA maka sŭmŭntara marika itu lagi bŭrkata kata kapada kaum itu, maka datanglah kapadanya sagala imam, dan pŭnghulu kŭnisa, dan Sadukia. Maka tŭrlalulah sakit hati marika itu, sŭbab orang orang ini mŭngajar kaum itu, dan mŭmashorkan derihal manusia akan dihidopkan pula deripada matinya, spŭrti tuladan Isa. Maka ditangkapnyalah akan marika itu, lalu dimasokkannya kŭdalam pŭnjara sampie esoknya, kŭrna hari sudah malam. Akan tŭtapi banyak orang yang akan mŭnŭngar pŭrkataan itu pŭrchayalah iya; adalah bilangan sagala orang yang pŭrchaya itu, kira kira lima ribu orang banyaknya. ¶ Bŭrmula sŭtlah ka’esokkan harinya, maka bŭrhimponlah ka‐Jerusalem sagala pŭnghulu, dan orang tua tua, dan khatib khatib: Dan Annas imam yang bŭsar itu, dan Kiefas, dan Yahya, dan Iskandar, dan bŭbrapa pula orang deripada kŭlorga imam yang bŭsar. Maka sŭtlah su lah dibawanya marika itu pada sama tŭngah mŭjŭlis itu, maka bŭrtanyalah orang orang itu padanya, katanya, Dŭngan kwasa siapakah, atau dŭngan nama siapakah kamu bŭrbuat itu? Maka pada tŭtkala itu adalah Petros itu pŭnohlah hatinya dŭngan Roh Alkudus, lalu dijawabnya pada marika itu, katanya, Hie sagala pŭnghulu kaum, dan orang tua tua deripada orang Israil
KISAH RASUL-RASUL 4:1-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sementara mereka bercakap kepada orang ramai, para imam dan ketua pengawal Bait Suci serta orang Saduki datang kepada mereka. Mereka sangat gelisah bahawa rasul itu mengajar orang ramai dan memberitakan kebangkitan daripada kematian melalui Yesus. Mereka menangkap Petrus dan Yohanes lalu memasukkan mereka ke dalam penjara sampai esok kerana hari sudah malam. Namun demikian, ramai orang yang telah mendengar apa yang diajarkan itu percaya, dan jumlah laki-laki telah bertambah kira-kira lima ribu. Pada esoknya, para pemimpin masyarakat Yahudi, tua-tua dan ahli-ahli Taurat berhimpun di Yerusalem, dan juga imam besar Hanas, Kayafas, Yohanes, Aleksander dan seluruh keluarga imam besar. Mereka membawa Petrus dan Yohanes untuk dihadapkan kepada mereka. Kemudian mereka pun bertanya, “Dengan kuasa apa dan dengan nama siapakah kamu telah melakukan perkara itu?” Petrus yang dipenuhi Roh Kudus berkata kepada mereka, “Para pemimpin masyarakat Israel!