KISAH RASUL-RASUL 4:1-2,5-13

KISAH RASUL-RASUL 4:5-13 Alkitab Berita Baik (BM)

Pada hari berikutnya, para pemimpin bangsa Yahudi, pemimpin masyarakat Yahudi, dan guru Taurat berkumpul di Yerusalem. Mereka menjumpai Imam Agung Hanas dan Kayafas, Yohanes, Aleksander, dan semua orang lain yang tergolong dalam keluarga Imam Agung itu. Mereka menyuruh rasul-rasul itu berdiri di hadapan mereka, lalu bertanya, “Bagaimanakah kamu menyembuhkan orang lumpuh itu? Dengan kuasa apa atau dengan kuasa siapa kamu melakukan hal itu?” Petrus, yang dikuasai oleh Roh Allah, menjawab, “Tuan-tuan pemimpin bangsa Yahudi dan pemimpin masyarakat Yahudi! Agaknya hari ini kami disoal kerana kami telah berbuat baik kepada orang lumpuh itu dan kerana tuan-tuan mahu tahu bagaimana dia disembuhkan. Tuan-tuan dan semua orang Israel harus tahu bahawa orang ini yang berdiri di hadapan tuan-tuan sudah sembuh kerana kuasa Yesus Kristus orang Nasaret itu. Tuan-tuan sudah menyalibkan Dia, tetapi Allah sudah membangkitkan Dia daripada kematian. Yesuslah yang dimaksudkan oleh ayat ini di dalam Alkitab, ‘Batu yang kamu, pembina bangunan buang, ternyata menjadi batu yang paling utama.’ Hanya melalui Yesus orang diselamatkan, kerana di seluruh dunia tiada orang lain yang mendapat kekuasaan daripada Allah untuk menyelamatkan kita.” Anggota-anggota Majlis Agama hairan melihat keberanian Petrus dan Yohanes, apabila mereka tahu bahawa kedua-dua orang rasul itu orang biasa yang tidak berpendidikan. Lalu mereka sedar bahawa kedua-dua orang itu sahabat karib Yesus.

Kesah sagal Rasul 4:5-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

¶ Bŭrmula sŭtlah ka’esokkan harinya, maka bŭrhimponlah ka‐Jerusalem sagala pŭnghulu, dan orang tua tua, dan khatib khatib: Dan Annas imam yang bŭsar itu, dan Kiefas, dan Yahya, dan Iskandar, dan bŭbrapa pula orang deripada kŭlorga imam yang bŭsar. Maka sŭtlah su lah dibawanya marika itu pada sama tŭngah mŭjŭlis itu, maka bŭrtanyalah orang orang itu padanya, katanya, Dŭngan kwasa siapakah, atau dŭngan nama siapakah kamu bŭrbuat itu? Maka pada tŭtkala itu adalah Petros itu pŭnohlah hatinya dŭngan Roh Alkudus, lalu dijawabnya pada marika itu, katanya, Hie sagala pŭnghulu kaum, dan orang tua tua deripada orang Israil: Jikalau kiranya kamu dida’wa skarang ini, sŭbab pŭrbuatan yang baik yang tŭlah diadakan pada orang lŭmpoh itu, dan bagimana halnya tŭlah disŭmbohkan itu. Barang ma’lom kiranya kamu skalian, dan sagala orang Israil itu; bahwa dŭngan nama Isa Almasih orang Nazareth yang tŭlah kamu salibkan itu; maka iya itu tŭlah dihidopkan Allah pula deripada matinya; maka dŭngan bŭrkatnyalah orang ini dapat bŭrdiri dihadapan kamu dŭngan sŭmbohnya. Maka iya itulah batu yang tŭlah dihinakan ulih kamu orang yang mŭmbangunkan rumah; maka iya itulah tŭlah mŭnjadi batu pŭnjuru yang diaatas skali. Maka tiadalah bulih datang slamat deripada orang lain, kŭrna tiada nama lain dibawah langit yang tŭlah dikurniakan Allah bagie manusia akan mŭndatangkan slamat kapada kami. ¶ Maka apabila marika itu mŭlihat brani hati Petros dan Yahya itu, sŭrta dikŭtahuinya; bahwa dua orang itu tiada bŭrilmu dan tiada pandie, maka hieranlah iya sŭrta dichamkannya akan marika itu sudah bŭrsama sama dŭngan Isa Almasih.