KISAH RASUL-RASUL 3:19-20 - Compare All Versions
KISAH RASUL-RASUL 3:19-20 BM (Alkitab Berita Baik)
Oleh itu, bertaubatlah daripada dosa dan kembalilah kepada Allah, supaya Dia menghapus dosa saudara-saudara. Jika saudara-saudara bertaubat, saudara sekalian akan mengalami kesegaran rohani. Tuhan akan menyuruh Yesus datang kepada saudara-saudara, kerana Dia sudah ditetapkan oleh Tuhan untuk menjadi Penyelamat saudara-saudara.
KISAH RASUL-RASUL 3:19-20 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Oleh itu, bertaubatlah dan berpalinglah kepada Allah, supaya dosa-dosamu dihapuskan, dan supaya masa yang memberikan kesegaran datang kelak daripada Tuhan. Dan juga supaya Dia menghantar Yesus Kristus yang telah ditentukan-Nya menjadi Kristus bagimu.
KISAH RASUL-RASUL 3:19-20 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
¶ Maka sŭbab itu, handaklah kamu bŭrtaubat, sŭrta bŭrbalik, supaya sagala dosamu itu dihapuskan, apabila datang kŭlak kapadamu kutika yang sŭgar deripada halrat Tuhan. Maka iya akan mŭnyurohkan Isa Almasih yang tŭlah tŭrdahulu dinyatakan padamu.