KISAH RASUL-RASUL 23:6 - Bandingkan Semua Versi
KISAH RASUL-RASUL 23:6 BM (Alkitab Berita Baik)
Paulus melihat bahawa sebahagian daripada Majlis Agama itu terdiri daripada orang Saduki dan sebahagian lagi orang Farisi. Oleh itu dia berseru kepada Majlis Agama, “Saudara-saudara, saya orang Farisi, bapa saya pun orang Farisi. Saya diadili di sini kerana saya percaya bahawa orang mati akan dibangkitkan daripada kematian.”
KISAH RASUL-RASUL 23:6 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Paulus mengetahui bahawa dalam perhimpunan itu separuhnya orang Saduki dan separuhnya orang Farisi. Dia pun berkata, “Saudara-saudara, aku ini orang Farisi dan anak orang Farisi. Aku didakwa kerana berharap kepada kebangkitan daripada kematian.”
KISAH RASUL-RASUL 23:6 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Adapun apabila dikŭtahui ulih Paulus akan orang orang itu sŭtŭngahnya orang Sadukia, dan sŭtŭngahnya orang Farisia adanya, maka bŭrsrulah iya dalam mŭjlis itu, katanya, Hie tuan tuan skalian saudaraku, bahwa aku inilah sa’orang Farisia, anak sa’orang Farisia; adapun aku ini dida’wa deri sŭbab harap akan orang mati dibangkitkan.