KISAH RASUL-RASUL 20:28-29 - Compare All Versions
KISAH RASUL-RASUL 20:28-29 BM (Alkitab Berita Baik)
Hendaklah kamu menjaga diri serta menjaga jemaah yang sudah diserahkan kepada pemeliharaan kamu oleh Roh Allah. Jagalah jemaah Allah seperti gembala menjaga domba, kerana Allah sudah menjadikan jemaah milik-Nya sendiri melalui kematian Anak-Nya. Aku tahu bahawa setelah aku pergi, serigala buas akan datang ke tengah-tengah kamu. Jemaah yang kamu jaga akan menjadi mangsa serigala.
KISAH RASUL-RASUL 20:28-29 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
¶ Maka sŭbab itu handaklah kamu skalian mŭnjaga akan dirimu sŭndiri, dan akan kawan kawan itu atas mana kamu ini pun tŭlah diangkatkan ulih Roh Alkudos akan mŭnjadi pŭmŭrentah, dan akan mŭnggombalakan sidang jŭmaah Tuhan yang tŭlah ditŭbusnya dŭngan darahnya sŭndiri. Kŭrna tŭlah kukŭtahui, bahwa kumdian deripada pŭninggalanku ini kŭlak dapat tiada akan masok bŭbrapa sŭrigala yang garang diantara kamu, yang tiada sayangkan kawan domba itu kŭlak.
KISAH RASUL-RASUL 20:28-29 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Jagalah dirimu dan semua kawanan kerana kamulah yang telah diamanahkan Roh Kudus untuk menjadi penyelia bagi menggembalakan jemaah Allah yang telah ditebus-Nya dengan darah-Nya sendiri. Aku tahu bahawa sepeninggalanku nanti, beberapa serigala garang akan masuk menyerang jemaah ini