Langkau ke kandungan

KISAH RASUL-RASUL 2:36-38 - Bandingkan Semua Versi

KISAH RASUL-RASUL 2:36-38 BM (Alkitab Berita Baik)

Oleh itu semua orang Israel harus tahu bahawa Yesus yang saudara-saudara salibkan itu, ialah Dia yang sudah diangkat oleh Allah menjadi Tuhan dan Penyelamat!” Apabila orang ramai mendengar hal itu, mereka sangat gelisah. Lalu mereka bertanya kepada Petrus dan rasul-rasul yang lain, “Saudara-saudara, apakah yang harus kami lakukan?” Petrus menjawab, “Hendaklah setiap orang di kalangan saudara bertaubat daripada dosa, lalu dibaptis demi nama Yesus Kristus, supaya dosa saudara-saudara diampunkan lalu saudara semua akan menerima pemberian Allah, iaitu Roh Allah.

KISAH RASUL-RASUL 2:36-38 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Oleh itu, hendaklah seluruh keturunan kaum Israel tahu dengan pastinya, bahawa Allah telah menjadikan Yesus, yang kamu salib itu, Tuhan dan Kristus.” Apabila mereka mendengar ini, hati mereka pun berasa tertusuk, lalu mereka berkata kepada Petrus dan para rasul yang lain, “Saudara-saudara, apakah yang patut kami perbuat?” Petrus pun berkata kepada mereka, “Bertaubatlah, dan hendaklah setiap orang daripada kamu dibaptiskan atas nama Yesus Kristus supaya dosa-dosamu diampunkan; dan kamu akan menerima pemberian Roh Kudus

KISAH RASUL-RASUL 2:36-38 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Sŭbab itu kŭtahuilah hie sagala isi rumah orang Israil, bahwa dŭngan sŭsungguhnya Allah itu tŭlah mŭnjadikan Isa yang tŭlah kamu salibkan itu, iya itu Tuhan dan Almasih. ¶ Maka apabila marika itu mŭnŭngar hal itu, bŭrdŭbarlah hatinya, lalu bŭrkatalah iya kapada Petros, dan kapada sagala rasol yang lain lain itu, Hie tuan tuan dan saudara skalian, apakah yang patut kami bŭrbuat? Maka bŭrkatalah Petros pada marika itu, Handaklah kamu taubat, dan handaklah masing masing deripada kamu dibaptisakan dŭngan nama Isa Almasih, supaya dosa kamu diampuni, maka nŭschaya kamu pun kŭlak akan dikurniakan Roh Alkudus.