Logo Apl Bible
Ikon Carian

KISAH RASUL-RASUL 2:22 - Bandingkan Semua Versi

KISAH RASUL-RASUL 2:22 BM (Alkitab Berita Baik)

Saudara-saudara orang Israel! Dengarlah kata-kata saya ini: Yesus orang Nasaret itu sudah diberikan tugas oleh Allah. Hal ini dinyatakan kepada saudara semua dengan mukjizat dan keajaiban yang dilakukan oleh Allah melalui Dia. Saudara-saudara mengetahui hal itu, kerana semua peristiwa itu berlaku di kalangan saudara.

KISAH RASUL-RASUL 2:22 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Saudara-saudara orang Israel, dengarlah kata-kata ini: Yesus orang Nazaret itu seorang Manusia yang dipersaksikan oleh Allah kepadamu dengan mukjizat, keajaiban dan tanda yang dilakukan Allah melalui-Nya dalam kalangan kamu. Kamu sendiri tahu tentang hal itu.

KISAH RASUL-RASUL 2:22 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Hie sagala kamu orang Israil, dŭngarlah ulihmu akan pŭrkataanku ini, adapun Isa orang Nazareth itu, iya itu sa’orang yang dipŭrtunjuki Allah diantara kamu dŭngan bŭbrapa ajaib, dan mujizat, dan alamat, yang tŭlah diadakan Allah ulih dia antara kamu spŭrti yang kamu sŭndiri mŭngŭtahui.