Langkau ke kandungan

KISAH RASUL-RASUL 19:1-2 - Bandingkan Semua Versi

KISAH RASUL-RASUL 19:1-2 BM (Alkitab Berita Baik)

Sementara Apolos tinggal di Korintus, Paulus menjelajah kawasan pedalaman daerah itu lalu tiba di Efesus. Di situ dia berjumpa dengan beberapa orang yang percaya kepada Yesus. Dia bertanya kepada mereka, “Sudahkah kamu menerima Roh Allah pada waktu kamu percaya kepada Yesus?” Mereka menjawab, “Kami belum pernah mendengar bahawa ada Roh Allah.”

KISAH RASUL-RASUL 19:1-2 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Sementara Apolos berada di Korintus, Paulus menjelajahi kawasan pedalaman lalu sampai di Efesus. Di situ dia bertemu dengan beberapa orang murid lalu berkata, “Adakah kamu menerima Roh Kudus pada waktu kamu percaya kepada Yesus?” Mereka menjawab, “Kami belum pernah mendengar pun tentang adanya Roh Kudus.”

KISAH RASUL-RASUL 19:1-2 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

SŬBARMULA maka adalah pada masa Apollos lagi diKorinthus itu, maka Paulus pun tŭlah mŭlalui tanah tanah sŭblah darat bŭnua itu, maka sampielah iya kaEfesus, maka didapatinyalah bŭbrapa murid disana. Maka bŭrkatalah iya pada marika itu, Sudahkah kamu mŭnŭrima Roh Alkudos sŭdang kamu pŭrchaya itu? Maka jawab marika itu, Bŭlomlah pŭrnah kami mŭnŭngar, iyakah ada Roh Alkudos.