Logo Apl Bible
Ikon Carian

KISAH RASUL-RASUL 18:2 - Bandingkan Semua Versi

KISAH RASUL-RASUL 18:2 BM (Alkitab Berita Baik)

Di situ dia berjumpa dengan seorang Yahudi bernama Akwila, yang dilahirkan di negeri Pontus. Akwila baru sahaja datang dari Italia dengan isterinya, Priskila. Mereka datang ke Korintus kerana Kaisar Klaudius mengusir semua orang Yahudi dari Roma. Paulus pergi menjumpai Akwila dan Priskila

KISAH RASUL-RASUL 18:2 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Apabila tiba di situ, dia bertemu dengan seorang Yahudi bernama Akwila, yang lahir di kota Pontus. Dia baru datang dari Itali dengan isterinya Priskila, kerana Klaudius telah menitahkan semua orang Yahudi keluar dari Roma. Paulus pergi menemui mereka

KISAH RASUL-RASUL 18:2 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Maka didapatinyalah disana sa’orang Yahudi yang bŭrnama Akila, iya itu dipranakkan dinŭgri Pontus, bahru datang deri bŭnua Italia, sŭrta dŭngan istrinya yang bŭrnama Priskila; sŭbab Kiesar Klaudius tŭlah bŭrtitah mŭngundorkan sagala orang Yahudi deri nŭgri Rom; maka datanglah Paulus kapada marika itu.