KISAH RASUL-RASUL 17:29-34 - Compare All Versions
KISAH RASUL-RASUL 17:29-34 BM (Alkitab Berita Baik)
Kerana kita anak Allah, kita tidak boleh menganggap Allah seperti patung yang dibuat daripada emas atau perak atau batu, yang direka bentuk menurut kemahiran manusia. Allah tidak mahu mengingat masa kita tidak mengenal Dia dahulu, tetapi sekarang Dia menyuruh semua orang di seluruh dunia bertaubat daripada cara hidup yang jahat. Hal itu demikian kerana Dia sudah menetapkan suatu hari untuk mengadili seluruh dunia ini dengan adil. Tugas itu akan dilakukan oleh satu orang yang sudah dipilih-Nya. Supaya semua orang yakin akan hal itu, Allah sudah membangkitkan orang itu daripada kematian!” Apabila orang di situ mendengar Paulus berkata tentang kebangkitan daripada kematian, beberapa orang antara mereka mengolok-olokkan dia. Tetapi yang lain berkata, “Kami ingin mendengar saudara bercakap tentang hal ini lagi.” Lalu Paulus meninggalkan mesyuarat itu. Beberapa orang mengikut Paulus dan percaya kepada Yesus. Antara mereka termasuk Dionisius, anggota mesyuarat Areopagus dan seorang wanita bernama Damaris serta beberapa orang lain.
KISAH RASUL-RASUL 17:29-34 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Maka jikalau kiranya kita ini deripada chawang Allah adanya, tiada patut kita sangka, bahwa ka’adaan Allah itu disrupakan dŭngan mas atau perak, atau batu yang tŭlah tŭrukir dŭngan akal dan hikmat manusia. Bahwa dilangkahkan Allah sagala zaman kŭbodohan itu, tŭtapi skarang iya mŭnyurohkan sagala manusia pada sagala tŭmpat akan bŭrtaubat. Kŭrna tŭlah ditŭntukannya suatu hari kŭlak iya akan mŭnghukumkan sagala isi alam ini dŭngan adilnya, ulih sa’orang yang dibrinya kwasa; maka derihal itulah dibrinya kŭtŭntuan pada sagala manusia, tŭtkala dihidopkannya akan dia itu deripada matinya. ¶ Adapun tŭtkala didŭngar ulih marika itu akan hal orang hidop deripada matinya, maka sŭtŭngah mŭngolok olokkan, dan sŭtŭngah orang bŭrkata, Kami handak mŭnŭngar angkau mŭnchŭrtrakan derihal ini skali lagi. Hata maka Paulus pun kluarlah deri antara sagala marika itu. Tŭtapi adalah bŭbrapa orang yang bŭrdamping dŭngan dia itu pun pŭrchayalah, maka antara marika itu adalah Dionisus Areopagus itu, dan sa’orang pŭrampuan yang bŭrnama Damaris, dan lagi bŭbrapa pula orang lain lain yang ada bŭrsama sama dŭngan marika itu.
KISAH RASUL-RASUL 17:29-34 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Oleh sebab kita keturunan Allah, tidak patut kita sangka keilahian-Nya seperti patung yang serupa dengan emas, perak atau batu yang diukir dengan kepandaian dan akal manusia. Allah membiarkan manusia melalui zaman kejahilan itu; tetapi sekarang Dia menyuruh manusia di seluruh dunia ini bertaubat; kerana Dia telah menetapkan bahawa pada suatu hari seisi dunia ini akan dihakimkan dengan adil oleh seorang yang ditentukan-Nya. Allah bersaksi akan hal ini kepada semua manusia dengan membangkitkan-Nya daripada kematian.” Apabila mendengar “membangkitkan-Nya daripada kematian”, ada yang mengejek-ejek; tetapi ada yang berkata, “Kami mahu mendengar lagi kamu bercakap tentang perkara itu.” Selepas itu, Paulus keluar daripada perhimpunan itu. Namun demikian, ada beberapa orang yang menjadi pengikut Paulus dan percaya akan kata-katanya; di antaranya ialah Dionisius anggota Areopagus, dan seorang wanita bernama Damaris, serta beberapa orang lagi.