Skip to content
Logo Apl Bible

KISAH RASUL-RASUL 16:19 - Bandingkan Semua Versi

KISAH RASUL-RASUL 16:19 BM (Alkitab Berita Baik)

Apabila pemilik-pemiliknya sedar bahawa kesempatan untuk mendapat wang sudah lenyap, mereka menangkap Paulus dan Silas lalu menyeret kedua-dua mereka menghadap pihak berkuasa di padang kota.

KISAH RASUL-RASUL 16:19 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Apabila majikan-majikan perempuan itu menyedari bahawa harapan mereka mendapat sumber keuntungan telah dihapuskan, mereka menangkap Paulus dan Silas lalu menyeret mereka ke hadapan pihak berkuasa di medan kota.

KISAH RASUL-RASUL 16:19 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

¶ Adapun apabila dilihat ulih tuan dayang itu, bahwa putuslah harap labanya, maka ditangkapnyalah akan Paulus dan Silas, lalu dihelanya akan dia dibawanya kŭpasar mŭngadap pŭnghulu pŭnghulu marika itu.