KISAH RASUL-RASUL 16:13-14
KISAH RASUL-RASUL 16:13-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada hari Sabat kami ke luar bandar dan pergi ke tepi sungai, kerana kami berfikir di situ terdapat tempat orang Yahudi berdoa. Kami duduk dan bercakap dengan wanita-wanita yang berkumpul di situ. Salah seorang pendengar kami bernama Lidia, pedagang kain ungu yang mahal. Dia berasal dari Tiatira dan dia mengasihi Allah. Oleh itu Tuhan membuka fikirannya sehingga dia menyambut ajaran Paulus.
KISAH RASUL-RASUL 16:13-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka pada hari sabtu kluarlah kami nŭgri disŭblah sungie ditŭmpat orang biasa mŭminta doa, maka dudoklah kami sŭrta bŭrkata kata kapada sagala pŭrampuan yang tŭlah bŭrhimpon disitu. ¶ Sŭbarmula maka adalah sa’orang pŭrampuan yang bŭrnama Lydia, iya itu mŭnjual kain ungu warnanya, maka nŭgrinya Thiatira, iya itu sa’orang bŭrbakti kapada Allah; maka adalah iya mŭnŭngar pŭrkataan kami, maka dibukakan Tuhan akan hatinya, supaya iya ingat akan pŭrkataan yang dikatakan ulih Paulus.
KISAH RASUL-RASUL 16:13-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada hari Sabat kami pergi ke luar pintu gerbang kota ke tepi sungai, kerana di situ kami jangka ada tempat orang berdoa. Kami duduk bercakap dengan perempuan yang berhimpun di situ. Salah seorang yang mendengar kami bercakap ialah seorang perempuan bernama Lidia, yang berjual kain ungu dan berasal dari Tiatira. Dia penyembah Allah. Tuhan membukakan hatinya lalu dia menerima segala yang dikatakan oleh Paulus.