KISAH RASUL-RASUL 15:22
KISAH RASUL-RASUL 15:22 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian para rasul dan pemimpin jemaah bersama-sama jemaah itu membuat keputusan untuk memilih beberapa orang di kalangan mereka dan mengutus mereka ke Antiokhia bersama-sama Paulus dan Barnabas. Lalu mereka memilih Silas dan Yudas yang juga disebut Barsabas. Kedua-dua orang itu sangat dihormati oleh pengikut Yesus di Yerusalem.
KISAH RASUL-RASUL 15:22 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka tŭtkala itu dipŭrkŭnankanlah ulih sagala rasol, dan sagala orang tua tua, sŭrta dŭngan sidang jŭmaah, lalu disurohkannya bŭbrapa orang yang tŭrpileh deri antara mufakat itu pŭrgi kanŭgri Antiok, sŭrta dŭngan Paulus dan Barnabas; iya itu Yudas yang bŭrgŭlar Bersabas, dan Silas: adapun kaduanya itulah orang kŭpala diantara sagala saudara itu.
KISAH RASUL-RASUL 15:22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Selepas itu, para rasul dan tua-tua serta seluruh jemaah bersetuju memilih beberapa orang di antara mereka untuk ke Antiokhia bersama Paulus dan Barnabas. Orang yang dipilih itu ialah Yudas yang bergelar Barsabas, dan juga Silas, yang mengetuai saudara-saudara itu.